Syarikat akan mengkomersialkan dan mencipta produk pelbagai omik sel tunggal
SEATTLE, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Parse Biosciences, sebuah syarikat yang khusus dalam menyediakan penyelesaian penjujukan sel tunggal yang berskala, hari ini mengumumkan $41.5 juta dalam pembiayaan Siri B yang diketuai bersama oleh Marshall Wace dan Janus Henderson Investors. Soleus Capital, Logos Capital dan Bioeconomy Capital turut mengambil bahagian di dalam pusingan itu, menjadikan jumlah pembiayaan bagi Parse Biosciences setakat ini melebihi $50 juta.Pembiayaan itu akan digunakan untuk mengembangkan pengkomersilan produk Transkriptom Keseluruhan Evercode Parse, yang memperkasakan penyelidik untuk memprofilkan sel pada pelbagai peringkat skala yang dapat mereka sesuaikan dengan keperluan percubaan unik mereka. Evercode memanfaatkan satu teknik yang dipatenkan bagi pengekodan palang kombinatorik yang meningkatkan resolusi sampel, meningkatkan kepekaan transkrip dan memudahkan aliran kerja.
Portfolio produk Parse termasuk Transkriptom Keseluruhan Evercode Mega, yang boleh memprofilkan sehingga 1,000,000 sel secara selari, dan Transkriptom Keseluruhan Evercode Mini, sebuah kit yang digunakan untuk memprofilkan sehingga 10,000 sel secara selari bagi kajian untuk skala yang lebih kecil. Berikutan pengumpulan dana mereka, Parse akan mengembangkan platform Evercode itu melangkaui transkriptomik, membolehkan penyelidik untuk meningkatkan pengukuran pelbagai omik sel tunggal kepada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Memahami dan memprofilkan sel secara menyeluruh pada skala adalah asas kepada masa depan bagi penemuan terobosan dalam bidang seperti onkologi, imunologi dan neurosains,” kata Alex Rosenberg, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama bagi Parse Biosciences. “Memahami transkriptom itu adalah penting, tetapi pengembangan kami ke dalam pelbagai omik adalah satu perkembangan semula jadi. Kami teruja untuk mula mengembangkan portfolio produk kami, bermula pada akhir tahun ini.”
No comments:
Post a Comment