Thursday, July 28, 2022

SINGAPURA, MALAYSIA BERALIH KEPADA SDN UNTUK MEMENUHI MATLAMAT PERNIAGAAN

Syarikat-syarikat mencari kelenturan rangkaian, keselamatan dan automasi di dalam teknologi dan perkhidmatan yang ditakrifkan oleh perisian, kata laporan ISG Provider Lens™

SINGAPURA, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Singapura dan Malaysia menerima rangkaian yang ditakrifkan oleh perisian (SDN) untuk meningkatkan penyepaduan rangkaian, automasi, merancang secara terperinci dan pengurusan, di dalam satu arah aliran yang dijangka berterusan untuk beberapa tahun, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.

Laporan ISG Provider Lens™ Network 2022 — Penyelesaian dan Perkhidmatan yang Ditakrifkan oleh Perisian untuk Singapura dan Malaysia mendapati syarikat-syarikat di rantau itu mengguna pakai SDN supaya mereka boleh menambahkan aplikasi dan sumber rangkaian dengan lancar untuk memenuhi matlamat perniagaan dan pengguna dengan lebih cekap dan selamat. Kesan daripada pandemik COVID-19 pada rantaian bekalan, kerja jarak jauh dan keperluan pengalaman pelanggan telah meningkatkan permintaan untuk ketangkasan rangkaian.

“Untuk kekal berdaya saing, perusahaan perlu dipacu oleh data, dengan ketersambungan yang optimum, keupayaan berbilang awan dan keselamatan hujung ke hujung,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia, yang berpangkalan di Singapura. “Keperluan ini mewujudkan peluang besar untuk pembawa dan penyedia perkhidmatan terurus yang beroperasi di Singapura dan Malaysia.”

Di keseluruhan rantau itu, sambungan LAN, WAN, WLAN dan awan sudah mula bergabung, menurut laporan itu. Dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, SDN akan membenarkan organisasi untuk memantau aliran kerja dan rangkaian segmen dari hujung ke hujung, di antara keupayaan lain. Ciri-ciri utama yang dimungkinkan oleh SDN termasuk rangkaian berasaskan hasrat, peruntukan kawasan panas yang pantas, pengkomputeran pinggir dan penyelesaian yang dikuasakan oleh AI dan pembelajaran mesin.

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...