Sunday, July 31, 2022

MARCUMBP BERKEMBANG KE ASIA TENGGARA DENGAN PEJABAT BAHARU DI PUSAT KEWANGAN MARINA BAY SINGAPURA

Kehadiran di Singapura untuk memberi khidmat kepada pelanggan yang mencari akses kepada pasaran modal global, membina komitmen yang telah lama wujud dan berterusan kepada pasaran China

NEW YORK & SINGAPURA, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MarcumBP (MBP) mengumumkan pembukaan pejabat baharu mereka di Singapura. Pejabat itu akan menyokong amalan pelanggan mereka yang semakin meningkat dari Asia Tenggara yang ingin mengakses pasaran modal global melalui sebuah Tawaran Awam Permulaan (IPO) atau penggabungan Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas (SPAC). Pada masa yang sama, MBP mengekalkan kedudukan kepimpinan mereka selama 20 tahun di dalam pasaran China.

Pejabat itu terletak di Pusat Kewangan Marina Bay – tempat bagi beberapa syarikat perkhidmatan kewangan yang paling terkenal di dunia - di 8 Marina View, Asia Square Menara 1, #07-05 Singapura 018960, di Teras Pusat Bandar Singapura.

Pengembangan firma itu ke Singapura didorong oleh permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan audit dan khidmat nasihat khusus bagi perniagaan yang berpangkalan di Asia. MBP adalah satu-satunya firma audit yang mempunyai sebuah pasukan SPAC yang khusus untuk Asia.

“MBP berada pada kedudukan yang unik untuk menyokong syarikat-syarikat dari Asia Tenggara yang mencari laluan ke pasaran modal Amerika Syarikat,” kata Drew Bernstein, pengerusi bersama bagi MarcumBP. “Rantau Asia Tenggara semakin menjadi sebuah hab kewangan untuk Asia dengan saluran yang kukuh bagi modal teroka dan syarikat-syarikat berinovatif yang disokong oleh ekuiti persendirian.”

“Ketika ‘unikorn’ yang baru muncul ini mempertimbangkan cara bagaimana untuk mengekalkan pertumbuhan mereka, ramai yang melihat kepada pasaran Amerika Syarikat untuk mengoptimumkan penilaian mereka dan memperoleh akses yang berterusan kepada kumpulan mudah tunai yang mendalam. MBP menawarkan satu ‘penyelesaian satu firma’ bersepadu untuk menyediakan audit yang mematuhi GAAP Amerika Syarikat dan PCAOB, yang disokong oleh sebuah pasukan yang mempunyai kecekapan teknikal peringkat tinggi dan pengalaman yang luas di rantau itu.”

Pengarah Urusan MBP Pearl Peng telah berpindah dari Hong Kong ke Singapura untuk menyokong pengembangan kehadiran MBP di Asia. Peng mengetuai perniagaan pasaran modal bagi firma itu di Asia. 

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...