NEW YORK, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody's Corporation (NYSE: MCO) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi saham minoriti di dalam Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), sebuah agensi penarafan kredit yang memberi perkhidmatan kepada pasaran bon dan sukuk domestik Malaysia. Pelaburan itu memperkukuhkan kehadiran Moody’s di Asia Tenggara dan merentasi pasaran bon domestik di seluruh dunia, dan memajukan kedudukan mereka sebagai sebuah pemimpin di dalam kewangan Islam.
Berpangkalan di Kuala Lumpur, MARC merangkumi institusi korporat dan kewangan, dengan kekuatan penting di dalam infrastruktur dan pembiayaan projek. Sebagai tambahan kepada perkhidmatan penarafan mereka, MARC menyediakan penyelidikan ekonomi dan pendapatan tetap, penyelesaian risiko kredit, penawaran yang berkaitan dengan kemapanan dan program latihan dalam talian yang berkaitan dengan kewangan.
“Pasaran bon domestik Malaysia yang mantap memberikan satu peluang yang menarik untuk Moody's, dan kami sangat teruja untuk membina di atas perkongsian kami dengan MARC dan portfolio mereka yang sedang meningkat bagi penarafan dan perkhidmatan,” kata Wendy Cheong, Pengarah Urusan dan Ketua bagi Perkhidmatan Pelabur Moody’s di Asia Pasifik.
Pelaburan itu mengukuhkan kehadiran Moody’s di Malaysia, satu pasaran penting di dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia mempunyai pasaran bon korporat domestik yang terbesar di rantau itu dan telah mewujudkan dirinya sebagai sebuah hab global bagi kewangan Islam, dengan pasaran sukuk yang terbesar di dunia.
“MARC adalah sebuah pemimpin di dalam ruang penarafan sukuk, setelah menilai penerbitan sukuk korporat tunggal yang terbesar dan sukuk penting yang lain,” kata Datuk Jamaludin Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC. “Kerjasama strategik ini dengan Moody’s memperdalamkan komitmen MARC terhadap pembangunan pasaran modal Malaysia yang lestari.”
MARC dinobatkan sebagai Agensi Penarafan Islam Terbaik dalam Anugerah Kewangan Islam Global dalam enam dari tujuh tahun yang lalu – pada tahun 2014, dan setiap tahun dari tahun 2016 sehingga 2020.
Pelaburan itu melengkapkan liputan penarafan dan penyelidikan rentas sempadan Moody’s yang sedia ada di Malaysia serta aktiviti jangkauan pasaran mereka, termasuk persidangan tahunan Inside ASEAN dan Taklimat Kewangan Islam mereka yang diadakan di Kuala Lumpur.
MARC akan terus beroperasi sebagai sebuah entiti bebas dan akan kekal diasingkan daripada Perkhidmatan Pelabur Moody’s dan proses dan aktiviti penarafan kredit mereka.
Pelaburan itu dibiayai dengan tunai dan dijangka tidak memberi kesan yang ketara terhadap hasil kewangan Moody’s untuk tahun 2020.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13663

No comments:
Post a Comment