MELBOURNE, Australia, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MasterControl, pembekal penyelesaian perisian yang mendayakan sains hayat dan syarikat dikawal selia yang lain untuk menyampaikan produk yang mengubah kehidupan kepada lebih ramai orang dengan lebih cepat, telah mengumumkan pengeluaran penyelesaiannya yang terkini hari ini, iaitu Manufacturing Excellence™ MasterControl. Selain itu, Platform MasterControl kini tersedia dalam 10 bahasa berbeza.
Dengan Manufacturing Excellence, pengeluar boleh mencipta hubungan dinamik antara sistem perusahaan, sumber data, proses dengan orang ramai untuk pandangan menyeluruh tentang data pengeluaran dan kualiti. Penyepaduan ini meluaskan kelebihan digital pengeluar ke lantai kedai dan menghapuskan masalah berkaitan dengan masukan data, integriti data dan kebolehlihatan data. Dengan menghapuskan kertas dan sistem bersilo, syarikat juga boleh menggunakan data, pendigitalan dan automasi untuk menskala dengan pantas, meningkatkan kualiti produk dan memacu prestasi operasi.
“Sepanjang sedekad sebelum ini, industri pengeluaran telah menggunakan sistem perisian untuk mengurus peralatan, proses, data dan perancangan rumit dengan lebih baik. Malangnya, sistem ini selalunya tidak terhubung dan masih bergantung pada kertas dalam bentuk tertentu,” ujar EVP Pemasaran dan Perkongsian Global MasterControl, Sara Bresee. “Untuk kekal berdaya saing pada zaman kecerdasan yang dipacu data dan pengeluaran pintar, pengeluar mesti berjaya mentransformasi secara digital, menyepadukan sistem bersilo dan menghapuskan proses berasaskan kertas dan proses hibrid yang tidak cekap dan tidak selamat. Kami percaya Manufacturing Excellence ialah alat yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.”
Sejak Manufacturing Excellence dilancarkan di A.S. setahun yang lalu, 50 buah syarikat telah menggunakan perisian tersebut dan mengalami integriti data yang dipertingkat, kurang penyimpangan dan masa semakan yang lebih pantas.
“Seperti kebanyakan pengeluar, kami mengalami kesukaran mengatasi ralat dokumentasi pengeluaran yang sering berlaku dan kos pengeluaran yang meningkat,” ujar Robin Joyner, pentadbir sistem di Wellington Foods. “Walau bagaimanapun, selepas melaksanakan penyelesaian Manufacturing Excellence MasterControl, kami mengalami 90% penurunan dari segi ralat masukan data, yang membolehkan kami mempercepat pelaksanaan rekod pengeluaran dan keluaran produk untuk mengembangkan perniagaan kami dengan lebih cekap.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13684
No comments:
Post a Comment