Di antara 50 usahawan dan pasukan yang dinamakan sebagai pemenang adalah sama ada syarikat-syarikat pembuatan yang maju seperti BYD Company Ltd., Samsung (China) Semiconductor Co., Ltd., Shaanxi Fast Auto Drive Co., Ltd, atau perusahaan kebudayaan dan pelancongan seperti Datang Everbright City Management and Operation Team, Shaanxi Changhenge Performing Arts and Culture Co., Ltd. dan lain-lain. Perlu diberikan perhatian bahawa, sebagai presiden bagi Xi'an Janssen, sebuah syarikat farmaseutikal multinasional yang telah bertapak di Xi'an selama 35 tahun, Asgar Rangoonwala, telah menerima penghormatan ini. Beliau berkata dalam satu temu bual kemudian: “Pembangunan bagi Xi'an Janssen meraih faedah daripada pengoptimuman berterusan bagi perkhidmatan pelaburan dan persekitaran perniagaan Xi'an, yang semakin mengukuhkan keyakinan Xi'an Janssen untuk bertapak di Xi'an dan menyalurkan perkhidmatan kepada China.”
Pada separuh pertama untuk tahun ini, dengan memajukan pembangunan ekonomi dan sosial dan pada masa yang sama menjalankan pencegahan dan kawalan pandemik, Xi'an berada pada kedudukan pertama di kalangan bandar sub-wilayah di China di dalam tiga petunjuk ekonomi utama termasuk kadar pertumbuhan KDNK, kadar pertumbuhan bagi nilai tambah perindustrian bagi perusahaan berskala besar, dan kadar pertumbuhan bagi pelaburan aset tetap. Pencapaian ini adalah hasil daripada puluhan ribu syarikat dan usahawan di bandar ini serta falsafah pembangunan mereka yang terbuka dan inklusif.
Wang Hao, seorang anggota bagi Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Perbandaran Shaanxi CPC dan Setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Xi'an CPC, berkata bahawa Xi'an akan berusaha untuk mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan kelas pertama, menyediakan perkhidmatan yang paling bertimbang rasa, mendatangkan kepuasan, dan ikhlas, dan mewujudkan satu prinsip panduan yang jelas untuk menghormati, menjaga dan menyokong usahawan bagi membolehkan mereka untuk mempunyai rasa hormat, berada dalam kedudukan sosial yang tinggi, dan mendapat faedah material.
Untuk satu jangka masa yang sangat lama di dalam sejarah, Xi'an, sebuah kota purba di barat China, telah selalu menjadi pusat perdagangan dan komersial China. Ia juga merupakan pusat bagi ekonomi dunia sebelum Revolusi Perindustrian. Masa telah berubah sejak ribuan tahun yang lalu, tetapi kota purba ini sentiasa penuh bertenaga dan mengekalkan satu momentum pembangunan yang mantap.
“Anugerah Khas Datuk Bandar” itu adalah satu anugerah khas yang diwujudkan pada April ini oleh Xi'an untuk terus menggalakkan usahawan, pasukan dan orang perseorangan untuk memberi tumpuan kepada industri pembuatan dan pelancongan kebudayaan termaju untuk membangunkan sebuah bandar yang kukuh dari segi ekonomi. Anugerah itu dapat dipohon oleh pelbagai perusahaan seperti pembangun sistem perindustrian, syarikat yang didorong oleh inovasi, dan mereka yang menarik pelaburan besar dan menjalankan projek yang mantap. Ia bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada pembinaan sistem perindustrian moden Xi'an dan bandar pusat kebangsaan di China. Individu dan pasukan yang memenangi “Anugerah Khas Datuk Bandar” itu akan menerima hadiah wang tunai sebanyak CNY 500,000.
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi'an
Pautan Lampiran Imej:
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=368927
Kapsyen: Pada 5 Ogos, upacara penganugerahan bagi “Anugerah Khas Datuk Bandar” yang direka untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa kepada pembangunan Xi'an telah diadakan di bandar itu.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment