LAKE MARY, Fla., 15 April, 2020 — Armada turbin gas Siri J Mitsubishi Hitachi Power Systems (MHPS) yang dipasang hari ini mencapai satu juta jam bagi operasi komersial. Ditunjukkan: Rotor MHPS M501JAC di Takasago Works. (Foto: Business Wire)
- Mencapai Rekod Dunia bagi Kebolehpercayaan sebanyak 99.5%
- Peningkatan Terkini Ialah Turbin Gas Terbesar, Paling Cekap Dari Segi Penggunaan Bahan Api dalam Operasi Di Mana Sahaja di Dunia
- 30% Berkemampuan Hidrogen Boleh Diperbaharui, dengan Kemampuan 100% dalam Pembangunan
LAKE MARY, Fla., 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Armada turbin gas Siri J Mitsubishi Hitachi Power Systems (MHPS) yang dipasang hari ini mencapai satu juta jam bagi operasi komersial, hampir dua kali ganda bagi turbin gas bersaiz sama daripada pesaing. Siri turbin gas ini — yang terbesar dan termaju oleh syarikat itu — mengetuai industri itu dengan penjanaan kuasa yang boleh dipercayai, cekap dan fleksibel untuk memenuhi standard baharu yang ketat bagi pengurangan pelepasan karbon. Diperkenalkan pada tahun 2011, Siri J itu memberikan kebolehpercayaan keseluruhan yang terkemuka di dalam industri sebanyak 99.5% dan kecekapan yang lebih besar lebih daripada 64%.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200415005220/en/
Empat puluh tiga turbin gas Siri J sedang beroperasi secara komersial, dan jumlah kapasiti yang dipesan melebihi 25 GW di seluruh dunia. Satu ratus unit telah dipilih secara teknikal di Brazil, Kanada, Jepun, Mexico, Peru, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, dan Amerika Syarikat.
Donald Schubert, Prinsipal di SHL Consulting LLC dan bekas Naib Presiden Kanan di Marshes Global Power Practice, berkata, “MHPS terus menggunakan teknologi yang terbukti di seluruh armada turbin gas mereka. Kebolehinsuransan bagi unit operasi tetap berada pada tahap paling tinggi untuk mesin bingkai besar MHPS.”
Di kebanyakan tempat di dunia, turbin gas Siri J seringkali menggantikan penjanaan kuasa arang batu yang telah dihentikan atau dipasang sebagai satu alternatif kepada penjanaan kuasa arang batu. Berbanding dengan loji janakuasa arang batu dengan berukuran sama, satu juta jam kendalian bagi Siri J telah menyebabkan di dalam penurunan pelepasan CO2 sebanyak 270 juta tan. Ini adalah bersamaan dengan pelepasan CO2 dari 1,346,918 relkar bagi arang batu yang dibakar.
Ken Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MHPS berkata, “Ketika kita merenungkan pencapaian penting itu dalam mencapai satu juta jam kendalian dengan turbin gas Siri J kita, kita tahu bahawa bahagian yang paling penting daripada pencapaian itu adalah kita menjalankan operasi itu dengan kebolehpercayaan 99.5 %. Semuanya bermula dengan T-Point, loji kuasa kitaran gabungan kami sendiri di Takasago, Jepun. Kebolehpercayaan kita yang luar biasa bukan kerana bernasib baik. Ini kerana kita telah menguji ketahanan dan kebolehpercayaan bagi setiap kemajuan teknologi baharu selama 8,000 jam sebelum menghantarnya kepada pelanggan kita. Kita sekarang telah membina T-Point kedua, T-Point 2, di mana kemajuan terbaharu kita, 60 Hz JAC dingin udara yang canggih, baru sahaja diselaraskan kepada grid dan mencapai beban penuh. Langkah demi langkah, kita telah membangunkan turbin gas terbesar, paling boleh dipercayai dan paling cekap dari segi penggunaan bahan api di dunia.”
Inovasi terbaharu kepada Siri J mensasarkan pengurangan seterusnya di dalam pelepasan karbon. Bulan lalu syarikat itu telah menerima satu pesanan dari Intermountain Power Agency, di Delta, Utah, untuk dua turbin gas JAC yang mampu menggunakan bahan api hidrogen yang boleh diperbaharui hingga 30%. Akhirnya, turbin ini akan dapat menggunakan 100% bahan api hidrogen yang boleh diperbaharui. Sistem hidrogen 30% itu akan mengurangkan pelepasan karbon dengan lebih daripada 75% berbanding dengan loji janakuasa arang batu yang bersaiz sama, dan sistem hidrogen 100% akan menghapuskan pelepasan karbon sepenuhnya. MHPS juga sedang membangunkan pengeluaran dan penyimpanan hidrogen yang boleh diperbaharui berskala grid melalui projek Advanced Clean Energy Storage (ACES) di Delta, Utah.
Paul Browning, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi MHPS Americas dan Ketua Pegawai Wilayah yang baharu dilantik bagi Eropah, Afrika dan Timur Tengah, berkata, “Bergerak ke hadapan, setiap turbin gas yang dijual oleh MHPS ke seluruh dunia akan memiliki keupayaan bahan api hidrogen yang boleh diperbaharui. Ini membolehkan pelanggan kami untuk membeli sebuah loji kuasa gas asli pada hari ini, dan mengubahnya secara beransur-ansur untuk menjadi sebuah kemudahan penyimpanan tenaga yang boleh diperbaharui. Ini memberikan kelenturan kepada pengendali loji sekarang dan pada masa depan untuk memilih campuran yang sesuai bagi penjanaan kuasa gas asli dan penyimpanan tenaga boleh diperbaharui yang paling sesuai dengan keperluan bagi grid elektrik mereka. Kami menyediakan penyelesaian penjanaan dan penyimpanan kuasa yang membolehkan pelanggan kami untuk menangani perubahan iklim dan memajukan kemakmuran manusia. Ini adalah Perubahan dalam Kuasa.”
Maklumat mengenai Mitsubishi Hitachi Power Systems Americas, Inc.
Mitsubishi Hitachi Power Systems Americas, Inc. (MHPS Americas), yang beribu pejabat di Lake Mary, Florida, menggajikan lebih daripada 2,000 orang pakar dan profesional penjanaan dan penyimpanan kuasa. Pekerja kami memberi tumpuan kepada memberikan kuasa kepada pelanggan untuk menangani perubahan iklim secara berpatutan dan boleh dipercayai dan pada masa yang sama memajukan kemakmuran manusia. Kepakaran MHPS Americas merangkumi gas asli, wap, derivatif aero, geoterma, dan mengedarkan teknologi dan perkhidmatan penjanaan kuasa boleh diperbaharui bersama dengan sistem penyimpanan tenaga hidrogen dan bateri yang boleh diperbaharui, penyelesaian sistem kawalan persekitaran, dan penyelesaian digital yang membolehkan operasi berautonomi dan penyelenggaraan aset kuasa di seluruh Amerika Utara dan Selatan. MHPS Americas adalah sebuah anak syarikat milik Mitsubishi Hitachi Power Systems (MHPS), satu usaha sama di antara Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. dan Hitachi, Ltd. yang mengintegrasikan operasi mereka di dalam sistem penjanaan kuasa.
Ketahui lebih lanjut mengenai MHPS dengan melayari www.changeinpower.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200415005220/en/
Hubungi
Sharon Prater
+1 407-688-6200
Sharon.Prater@amer.mhps.com
Sumber : Mitsubishi Hitachi Power Systems Americas, Inc.
No comments:
Post a Comment