KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Radio IKIM), akan terus menyiarkan rancangan Khas Ramadan, dengan tema ‘Tarbiah Ramadan’ melalui pengisian rancangan-rancangan yang menarik, walaupun tahun ini umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dengan suasana yang berbeza, dalam menghadapi ujian Wabak COVID-19.
Pengurus Besar Radio IKIM, Mahathir Shaharuddin berkata perubahan ketara dalam Rancangan Khas Ramadan tahun ini adalah apabila tiadanya Siaran Langsung Solat Sunat Terawih seperti kebiasaannya. Walaubagaimanapun, pendengar akan disajikan dengan Tadarus al-Quran yang disiarkan pada jam 9.00 hingga 10.30 malam. Justeru, pendengar akan dapat mendengar dan menghayati alunan ayat-ayat suci al-Quran saban malam, yang akan disampaikan oleh Qari yang terpilih.
Drama Khas yang seringkali dinantikan pada setiap Ramadan juga, akan kembali menemui pendengar secara mingguan melalui slot Drama Nurhikmah yang disiarkan pada setiap Jumaat, jam 2.30 petang. Antara rancangan lain yang diterbitkan sepanjang Ramadan ini adalah Kapsul Fadhilat Ramadan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang akan disiarkan pada jam 7.45 pagi dan 4.45 petang (Isnin – Jumaat) dan Tazkirah Ramadan pada jam 1.30 tengahari (Isnin – Jumaat).
Selain itu, untuk mengajak pendengar menghayati makna dan falsafah Ramadan dengan penuh rasa keinsafan dan mentarbiah hati, Radio IKIM juga akan meneruskan penerbitan rancangan bual bicara harian bertemakan Ramadan seperti rancangan Motivasi Pagi ( Isnin – Jumaat, 7.30 pagi), Pesona D’Zahra (Isnin, 10.15 pagi), Sains dan Islam (Jumaat, 12.10 tengah hari), Ibrah (Isnin, 5.10 petang), Fas’aluna (Rabu, 5.10 petang ) dan lain-lain lagi.
Frekuensi Radio IKIM boleh diikuti melalui 91.5 FM (Lembah Klang), 102.7 FM (Ipoh), 89.6 FM (Kuantan), 102.7 FM (Negeri Sembilan), 102.7 FM (Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Langkawi), 89.8 FM (Johor Bahru), 89.5 FM (Melaka), 89.8 FM (Kota Bharu), 100.2 FM (Kuala Terengganu), 93.9 FM (Kota Kinabalu), 107.3 FM (Lahad Datu), 104.0 FM (Miri) dan 93.7 FM (Kuching) atau di dalam talian melalui www.ikim.my.
Unit Perhubungan Korporat
21 April 2020
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13324
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment