Friday, April 3, 2020

JASON KILAR DINAMAKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI WARNERMEDIA



NEW YORK, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eksekutif media, hiburan dan teknologi Jason Kilar telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi WarnerMedia, berkuatkuasa 1 Mei. Beliau akan melapor kepada John Stankey, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi AT&T.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200401005550/en/

Kilar, 48, sebelum ini adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif pengasas bagi Hulu dan Naib Presiden Kanan di Amazon.

“Jason adalah seorang eksekutif yang dinamik dengan set kemahiran yang tepat untuk memimpin WarnerMedia ke arah masa depan. Pengalaman beliau di dalam media dan hiburan, penstriman video terus kepada pengguna dan pengiklanan adalah padanan yang sempurna untuk WarnerMedia, dan saya teruja kerana mempunyai beliau untuk mengemudikan babak seterusnya dalam sejarah kejayaan WarnerMedia,” kata Stankey. “Pasukan kami yang diketuai oleh Bob Greenblatt, Ann Sarnoff, Gerhard Zeiler dan Jeff Zucker telah melakukan usaha yang luar biasa dalam memantapkan jenama kami sebagai pemimpin di dalam hati dan minda pengguna. Menempatkan Jason ke dalam keluarga WarnerMedia yang berbakat itu ketika kami melancarkan HBO Max pada Mei memberikan kami pasukan pengurusan yang tepat untuk menempatkan secara strategik portfolio terkemuka kami bagi jenama, bakat bertaraf dunia dan perpustakaan yang kaya bagi harta intelektual bagi pertumbuhan  di masa depan.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13263

No comments:

Post a Comment

Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya

Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...