Pelanggan itu adalah sebuah kumpulan perkhidmatan pasar raya besar dan kewangan yang berdekad lamanya dengan mempunyai anggaran 300 anak syarikat yang disatukan dan syarikat gabungan di peringkat antarabangsa. Selain daripada menjadi satu rantaian peruncitan terbesar di rantau itu, pelanggan itu juga terlibat dalam usaha lain, antaranya, seperti pembangunan pusat beli-belah, perkhidmatan kad kredit dan operasi kedai khusus.
Fusionex akan menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian canggih yang memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin dan Pengurusan Data Besar, untuk menambahkan penglibatan pelanggan, mengoptimumkan proses perniagaan dan membangunkan sebuah budaya yang dipacu oleh data. Kerjasama ini akan membantu memacukan strategi digital pelanggan dalam meramal dan memenuhi tuntutan oleh pelanggan hari ini yang berteknologi tinggi dan sensitif kepada masa – dan dengan berbuat demikian, meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.
Perkhidmatan kredit kewangan yang pelbagai bagi pelanggan dan urus niaga pelanggan telah pada masa ini, menjanakan sejumlah besar data. Melalui platform Analisis Data Besar mereka, Fusionex akan membantu mereka memperoleh pandangan jauh yang tidak ternilai daripada data mereka. Ini seterusnya boleh digunakan untuk membolehkan jabatan pemasaran dan perdagangan pelanggan membentuk idea-idea yang berinovatif untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada pelanggan mereka melalui kempen penglibatan beli-belah peribadi dan pemasaran yang disasarkan.
Oleh kerana teknologi Fusionex akan diintegrasikan ke dalam persekitaran pelanggan, platform itu akan juga memanfaatkan keupayaan AI dan Pembelajaran Mesin Fusionex yang berkuasa untuk membantu mewujudkan perjalanan yang lebih lancar dan telus bagi pelanggan. Setelah melancarkan platform itu, pelanggan akan diberikan hanya kempen dan promosi yang menarik minat mereka. Pendekatan yang berkuasa ini akan membolehkan pelanggan untuk memperkayakan produk dan perkhidmatan mereka dengan mudah; menukarkan pelawat kepada pembeli, dan dengan itu menjanakan lebih banyak pendapatan dan perbelanjaan pelanggan secara keseluruhan.
“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan pelanggan dalam usaha untuk membantu menyampaikan penyelesaian yang berinovatif yang akan membolehkan operasi teras mereka untuk membuat satu lonjakan kuantum ke hadapan. Di setiap pasaran, pelanggan dipandu oleh falsafah mereka yang tidak berubah untuk mengatasi jangkaan dengan memuaskan keperluan dan keinginan pengguna mereka yang sentiasa berubah. Melalui kerjasama ini, kami berharap untuk menunjukkan kekuatan sebenar bagi teknologi canggih untuk membantu pelanggan berjaya dalam perjalanan transformasi digital mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.
Maklumat mengenai Fusionex
Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima anugerah MGS.
Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200408005346/en/
No comments:
Post a Comment