TOKYO, 15 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, amat berbangga untuk mengumumkan pelancaran produk pengguna berjenama “KIOXIA”, termasuk kad ingatan mikroSD/SD, ingatan USB dan SSD. Kioxia dan syarikat kumpulan mereka mula beroperasi di bawah nama syarikat baharunya pada 1 Oktober 2019. Selepas pertukaran jenama bagi produk perniagaan ke perniagaan mereka, Kioxia akan melancarkan produk pengguna dengan satu penampilan yang sama sekali baharu pada April 2020. [1]
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200414006160/en/
Dengan portfolio kad ingatan mikroSD/SD, ingatan USB dan SSD mereka yang komprehensif, Kioxia menawarkan produk pengguna yang direka khusus untuk membolehkan pengguna akhir menyimpan cara hidup digital mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang mereka mahukan. Produk pengguna Kioxia terutamanya ditumpu dan dioptimumkan untuk digunakan dengan telefon pintar, tablet dan komputer meja, kamera digital dan lebih banyak lagi.
Dengan produk pengguna baharu mereka, Kioxia memberikan penekanan untuk mengekalkan standard kualiti, prestasi dan kebolehpercayaan cemerlang yang sama seperti yang telah diketahui dan dipercayai oleh pengguna daripada barisan produk Toshiba Memory yang terkenal sebelum ini. Kioxia akan terus berusaha untuk mempertahankan standard tinggi, dan dedikasi mereka terhadap pengembangan dan pengeluaran bagi penyelesaian penyimpanan kilat berinovatif yang terkemuka dalam kelasnya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah.
Kioxia memberikan suatu pengalaman menggembirakan yang direalisasikan oleh satu penampilan baharu bagi produk ingatan. Reka bentuk produk dan pakej mempunyai satu reka bentuk yang segar dan berwarna-warni moden yang mencerminkan visi Kioxia sebagai sebuah pengeluar ingatan kilat persendirian. Setiap produk mengandungi satu warna tertentu (Biru Muda, Magenta, Kuning, Kelabu Cerah, Hijau Muda, Oren) yang digunakan untuk menjadikannya sangat dikenali dan lebih mudah daripada sebelumnya bagi pelanggan untuk memilih produk yang tepat bagi aplikasi unik mereka.
Di bawah nama baharu itu, Kioxia sangat memberi tumpuan kepada inovasi dan lebih tangkas daripada sebelumnya untuk menyampaikan teknologi kilat baharu yang menarik, bagi memberikan lebih banyak pilihan dengan semua barisan produk kami bagi pelanggan dan membolehkan pengguna akhir di mana sahaja untuk mendapat manfaat daripada penyelesaian ingatan Kioxia. Misi Kioxia adalah untuk menciptakan suatu pengalaman yang menggembirakan dan mengubah dunia dengan mengembangkan “ingatan”.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13300
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment