Thursday, January 11, 2024

SALMON MENJADI BANK BERLESEN DI FILIPINA

MANILA, Filipina, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Salmon, sebuah syarikat teknologi kewangan yang berusaha untuk meningkatkan akses kredit, simpanan dan pelaburan kepada lebih 500 juta pelanggan yang kurang mendapat perkhidmatan tersebut di Asia Tenggara, mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan kawal selia daripada Lembaga Kewangan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) untuk memperoleh kepentingan mengawal Rural Bank of Sta. Rosa (Laguna), iaitu sebuah institusi kewangan berlesen yang dihormati ramai yang memberikan perkhidmatan kepada komuniti Filipina sejak tahun 1963.

Salmon akan memiliki 59.7% syer bank tersebut selepas pelengkapan transaksi, yang akan disempurnakan dalam beberapa minggu yang akan datang. Lesen bank ini dan jejak geografinya akan membolehkan Salmon menawarkan produk kredit dan debit pengguna yang berpusatkan AI di seluruh Filipina. Salmon beroperasi secara dalam talian dan juga luar talian, dengan kelebihannya yang menekankan khidmat pelanggan yang cemerlang, dengan 92% pelanggan syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka akan mencadangkan Salmon kepada rakan dan ahli keluarga.

Langkah menjadi bank berlesen dalam pasaran yang besar melambangkan pencapaian yang besar untuk Salmon dan juga negara Filipina kerana tidak banyak syarikat teknologi kewangan beroperasi di bawah institusi perbankan berlesen di Asia Tenggara. Transaksi ini akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perbankan moden untuk berjuta-juta rakyat Filipina yang tidak mendapat perkhidmatan secukupnya di beberapa kawasan utama termasuk Metro Manila, Cebu dan Davao, yang Salmon berancang untuk membuka cawangan baharu, tertakluk pada kelulusan BSP. Transaksi ini juga menyokong Program Pengukuhan Bank Desa yang dilancarkan oleh BSP pada tahun 2022 bagi meningkatkan sektor perbankan desa negara tersebut dan menggalakkan pertumbuhan inklusif bagi menangani keperluan yang berubah-ubah dalam populasi Filipina yang dinamik, muda dan celik teknologi.

Raffy Montemayor, Pengasas Bersama dan Ketua Perniagaan Di Filipina di Salmon, berkata:

"Kami gembira dapat mengambil langkah penting ini dalam pembangunan Salmon dan amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada pihak BSP dan visi mereka untuk mendorong rangkuman kewangan di negara ini. Transaksi ini akan membantu kami mencapai lebih banyak komuniti Filipina yang kurang mendapat perkhidmatan secukupnya, lalu membawa perkhidmatan kewangan yang moden, berpusatkan pelanggan dan mudah diakses kepada lebih banyak orang. Kami amat bangga dengan hubungan baik yang telah kami bangunkan dengan pasukan eksekutif di Rural Bank of Sta. Rosa (Laguna), dan tidak sabar untuk membina institusi kewangan yang kukuh bersama-sama bagi terus menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti di seluruh Filipina."

Salmon akan mengekalkan dan meningkatkan kehadiran dalam talian bank tersebut, dan menyuntik modal dan teknologi yang ketara ke dalamnya bagi menaik taraf tawaran untuk semua pelanggan. Pendekatan Salmon yang berpusatkan pelanggan, yang disokong dengan pangkalan pelanggannya yang sedia ada, kini akan dilanjutkan kepada semua saluran, termasuk luar talian.

Hubungan
pr@fhl.world
 
Sumber: Salmon

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17807

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...