Eijiro Yamakita, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif JTB (kiri) di ibu pejabat MLB di New York City bersama Noah Garden, Timbalan Suruhanjaya, Perniagaan & Media, Liga Utama Besbol (Major League Baseball) (kanan). (Foto: Business Wire)
JTB Bersedia Menaja JELAJAH DUNIA MLB, Menawarkan Pakej Hospitaliti Eksklusif untuk Siri Seoul
TOKYO, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, JTB mengumumkan perkongsian antarabangsa berbilang tahun baharu dengan Liga Utama Besbol (Major League Baseball - MLB). Sebagai sebahagian daripada aturan perniagaan multinasional baharu, JTB ialah penaja rasmi JELAJAH DUNIA MLB dan akan menawarkan pakej hospitaliti antarabangsa yang eksklusif untuk pembukaan musim Siri Seoul di antara pasukan Los Angeles Dodgers dan San Diego Padres. Siri dua perlawanan di Gocheok SkyDome Seoul pada 20-21 Mac itu menandakan penampilan sulung Shohei Ohtani dan Yoshinobu Yamamoto dari pasukan Dodgers pada musim biasa.
Sebagai Rakan Kongsi Rasmi JELAJAH DUNIA Liga Utama Besbol (Major League Baseball), JTB juga akan menawarkan akses kepada peminat di seluruh dunia – di luar Amerika Syarikat – untuk memilih tiket VIP dan pakej hospitaliti ke acara JELAJAH DUNIA termasuk Siri Seoul dan Siri London. Tambahan pula, JTB mempunyai keupayaan menyediakan tiket permainan musim biasa MLB kepada peminat yang berpangkalan di Asia sebagai sebahagian daripada pakej hospitaliti yang juga termasuk perjalanan ke destinasi dan penginapan di Amerika Syarikat.
“Pada tahun lepas kami mengalami peningkatan yang mendadak dalam permintaan untuk perjalanan dan acara di seluruh dunia kerana kami akhirnya berjaya bergerak mengatasi sebahagian besar daripada cabaran berpunca daripada wabak dan kini, kami dengan jelas melihat bahawa keperluan pasaran untuk pengalaman sebenar dan menarik adalah sangat kuat,” kata Eijiro Yamakita , Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif JTB. “Dalam situasi ini, kami amat kagum dengan komitmen MLB untuk membawa pengalaman permainan besbol yang luar biasa kepada orang ramai di seluruh dunia, kerana permainan ini berupaya menarik perhatian dengan slogan jenama kami: ‘Sentiasa, dalam detik istimewa (Perfect moments, always).’ Kami bersedia mencipta peluang untuk orang ramai menikmati besbol dengan rangkaian global, pengetahuan dan hospitaliti kami yang kukuh.”
“Dengan peningkatan populariti antarabangsa MLB sepanjang tempoh sedekad yang lalu, kami terus menumpukan kepada membangun dan mengembangkan permainan tersebur di luar negara,” kata Noah Garden, Timbalan Pesuruhjaya, Perniagaan & Media, Liga Utama Besbol (Major League Baseball). “Ketika kami memulakan jadual acara global yang bercita-cita besar, kami memerlukan rakan kongsi perniagaan utama yang boleh menyamai cita-cita kami dan bekerjasama rapat dengan kami untuk terus mengembangkan kumpulan peminat tegar Besbol di seluruh dunia. Kami percaya JTB boleh memberikan sokongan penting itu dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dalam JELAJAH DUNIA.”
JTB, operasi perniagaan antarabangsa yang berpangkalan di Tokyo, membuka pejabat di New York 60 tahun lalu dan telah mengendalikan sejumlah besar perjalanan ke luar negara bersama-sama dengan liberalisasi perjalanan ke luar negara di Jepun, setelah mengekalkan kedudukan syarikat itu sebagai agensi pelancongan terkemuka di Asia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, JTB telah membantu ribuan peminat besbol Jepun mengunjungi Amerika Syarikat dan Kanada untuk menonton aksi pemain Jepun yang membintangi MLB, sambil menjalinkan hubungan kukuh dengan banyak Kelab di seluruh Liga Utama Besbol (Major League Baseball).
Maklumat Tentang JTB
JTB mempunyai 159 pejabat di 35 negara/rantau dan mengendalikan perjalanan antarabangsa bukan sahaja dari Jepun tetapi juga dari pelbagai negara dan rantau di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, JTB telah memberikan tumpuan dalam membangunkan perniagaan hospitaliti sukan syarikat, menyediakan perkhidmatan penuh perhatian kepada pelbagai pelanggan, terutamanya pelanggan korporat, dengan memanfaatkan kekuatan syarikat dalam hospitaliti Jepun dan kerjasama kukuh dalam rangkaian pejabat luar negara. Melalui perkongsian dengan MLB ini, JTB akan berusaha habis-habisan merentasi kumpulan bagi menjadikan pakej perjalanan ke permainan Besbol Liga Utama (Major League Baseball) sebagai pengalaman yang tidak ternilai untuk pelanggan.
https://www.jtbcorp.jp/en/
Maklumat Tentang Major League Baseball
Liga Utama Besbol (Major League Baseball - MLB) ialah liga sukan profesional paling bersejarah di Amerika Syarikat dan terdiri daripada 30 kelab ahli di Amerika Syarikat dan Kanada, mewakili peringkat tertinggi besbol profesional. Diketuai oleh Pesuruhjaya Robert D. Manfred, Jr., MLB kekal komited untuk memberikan impak dalam komuniti Amerika Syarikat, Kanada dan di seluruh dunia, mengekalkan peranan sukan yang lebih besar dalam masyarakat dan meresapi setiap aspek perniagaan, pemasaran, perhubungan komuniti dan usaha tanggungjawab sosial besbol. Pada masa ini, MLB menampilkan tahap rekod keseimbangan persaingan, terus mengembangkan jangkauan global melalui pemprograman dan kandungan kepada peminat di seluruh dunia, serta rekod yang didaftarkan dalam permainan dan minit yang ditonton pada musim ini di MLB.TV. Dengan kejayaan berterusan MLB Network dan platform digital MLB, liga itu terus mencari cara berinovatif untuk peminat menikmati Hiburan Kebangsaan Amerika (America's National Pastime) dan permainan yang benar-benar global. Untuk maklumat lanjut mengenai Liga Utama Besbol (Major League Baseball), sila kunjungi www.MLB.com.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53888222/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Hubungan untuk pertanyaan pihak media:
JTB Corp.: Hiroko Nakamura, Pasukan Penjenamaan dan Komunikasi, h_nakamura190@jtb.com
MLB: David Hochman, Komunikasi MLB, David.Hochman@mlb.com, mlbpressbox.com, @MLB_PR
Sumber: JTB Corp
No comments:
Post a Comment