Wipro menerajui dengan pelbagai tawaran rangkaian yang luas berkaitan Perangkaian Perisian Tertakrif di Singapura & Malaysia
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & BENGALURU, India, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO), syarikat perkhidmatan dan perundingan teknologi terkemuka, mengumumkan bahawa perniagaan tersebut telah dinamakan sebagai ‘Peneraju’ dalam laporan Rangkaian ISG Provider Lens™ - Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif untuk Singapura dan Malaysia.ISG menilai 34 penyedia perkhidmatan di seluruh lima sukuan - Perkhidmatan SD-WAN Terurus, Perkhidmatan Transformasi SDN (Perundingan dan Pelaksanaan), Pembekal Teknologi dan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Perusahaan, Akses Selamat Perkhidmatan Pinggir (SASE), serta Teknologi dan Perkhidmatan Pinggir. Laporan itu menamakan Wipro sebagai Peneraju dalam lima sukuan, dengan menyatakan Wipro mempunyai kehadiran Perangkaian Perisian Tertakrif (SDN) yang kukuh di Singapura & Malaysia.
Tumpuan Wipro kepada inisiatif transformasi SDN, penyampaian nilai yang konsisten untuk pelanggan, disokong oleh portfolio penawaran rangkaian yang menyeluruh, kerjasama industri yang kuat dan kepakaran teknikal yang mendalam merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pengiktirafan ini. Wipro ialah satu-satunya penyedia perkhidmatan yang akan dipaparkan sebagai ‘Peneraju’ oleh ISG untuk Penyelesaian dan Perkhidmatan Perisian Tertakrif di Singapura dan Malaysia.
Badri Srinivasan, Ketua Perniagaan – India & Asia Tenggara, Wipro Limited berkata, “Pengiktirafan yang diberikan adalah sesuatu yang istimewa kepada kami di Wipro apabila dipaparkan secara eksklusif dalam laporan ini. Pengiktirafan ini juga menunjukkan bukti penerajuan kami dalam penawaran Rangkaian dan penyampaian nilai yang konsisten kepada pelanggan kami. Perusahaan yang hiperhubung dan dipacu data akan dapat memenuhi matlamat perniagaan dan pengguna dengan lebih cekap dan selamat. Ini merupakan suatu penghormatan apabila diiktiraf untuk keupayaan SDN, strategi dan teknologi berkaitan kami yang kukuh dalam Rangkaian. Kami amat teruja untuk berkhidmat kepada industri dan mengubah operasi rangkaian perusahaan dengan memanfaatkan teknologi yang terkemuka.”
Deepraj Emmanuel, Pengarah dan Ketua Asia di ISG berkata, "Wipro telah mengambil pendekatan berbeza dalam membuka potensi sebenar nilai yang sepatutnya disampaikan oleh penyelesaian SD-WAN. Sains dan seni di sebalik penyelesaian SD-WAN yang berjaya perlu memberikan tumpuan kepada pemudahan operasi rangkaian dan keselamatan yang disokong oleh AI dan automasi, mengatasi had yang dicipta oleh ekosistem rangkaian legasi. #WANFreedom Wipro, sejajar dengan standard global, berupaya menyampaikan ini bersama tawaran nilai tambah seperti MDO, CoDNI, SDX, Insightix dan ServiceNXT dengan berkesan, sambil menjadikan pelanggan berjaya menggunakan rangka kerja pengoptimuman kitaran hayat SD-WAN menyeluruh yang tertumpu kepada Rujuk, Reka Bentuk, Rintis, Migrasi dan Operasi.”
Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa terdapat trend yang semakin meningkat terhadap penawaran pinggir seperti IoT dan SASE di Asia. Ini memacu keperluan untuk pengkomputeran pinggir bertujuan menganalisis data dalam rangkaian sebelum memindahkan data tersebut ke pusat data atau awan utama. Wipro telah berada di Asia Tenggara selama lebih dua dekad, serta telah bekerjasama dengan perusahaan sektor awam dan swasta yang terkemuka merentasi pelbagai industri menegak dalam transformasi perniagaan dan perjalanan digital masing-masing. Wipro juga menunjukkan kehadiran perniagaan tersebut di rantau ini melalui entiti yang diambil alih – Capco, Designit, Topcoder dan Rizing.
No comments:
Post a Comment