Wednesday, July 26, 2023

POWERSCHOOL DAN SAMART TELCOMS BEKERJASAMA UNTUK MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI PEMBELAJARAN YANG DIPERIBADIKAN DI THAILAND

Perkongsian PowerSchool dengan Samart Telcoms PCL akan mengembangkan akses pendidik dan pelajar kepada penyelesaian berinovatif dan misi kritikal PowerSchool di Thailand

FOLSOM, Calif., 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PowerSchool (NYSE: PWSC), penyedia perisian berasaskan awan yang terkemuka untuk pendidikan K-12 di Amerika Utara, pada hari ini mengumumkan perkongsian dengan Samart Telcoms Public Company Limited (PCL) sebagai sebahagian daripada pengembangan berterusan Program PowerPartner PowerSchool. Perkongsian dengan Samart Telcoms PCL akan menyokong pengembangan global program rakan kongsi saluran PowerSchool dan menyampaikan Pembelajaran Schoology PowerSchool, SIS PowerSchool dan Pendaftaran PowerSchool ke institusi pendidikan di Thailand.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Samart Telcoms PCL bertujuan meluaskan penyelesaian teknologi pendidikan misi kritikal PowerSchool ke seluruh Thailand,” kata Tony Kender, Ketua Pegawai Hasil di PowerSchool. “Kami berkongsi misi yang sejajar dalam menyediakan pendidik dan pelajar dengan teknologi yang memperkasa mereka untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Samart Telcoms untuk terus mengaktifkan transformasi digital dalam pendidikan.”

Perkongsian Samart Telcoms PCL akan memberikan tumpuan kepada menyokong pendidik dan lebih 10 juta pelajar yang mendaftar di seluruh Thailand dengan rancangan untuk menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 100,000 pelajar di seluruh Thailand pada tahun hadapan. Melalui perkongsian itu, para pendidik di seluruh negara boleh mengakses alatan misi kritikal yang menjadi sebahagian daripada rangka kerja penyetempatan antarabangsa PowerSchool termasuk sistem pengurusan pembelajaran (LMS) PowerSchool yang terkemuka, Pembelajaran Schoology, SIS PowerSchool dan Pendaftaran PowerSchool untuk menyokong lebih ramai pendidik, pelajar dan keluarga, serta membantu mereka merealisasikan janji pendidikan yang diperibadikan.

“Di Samart Telcoms, kami berusaha untuk menyampaikan teknologi yang berbeza dan terkemuka yang memajukan industri,” kata Miss Chotika Kamloonwesaruch, Naib Presiden Eksekutif Samart Telcoms PCL. “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan PowerSchool untuk terus mengembangkan penyelesaian teknologi pendidikan berinovatif di Thailand.”

Program PowerPartner, inisiatif rakan kongsi saluran global, memanfaatkan rakan kongsi saluran serantau PowerSchool untuk menyokong usaha pemasaran, jualan dan penggunaan pelanggan setempat. Pada masa ini, rakan kongsi saluran PowerSchool menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di Kerajaan Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Afrika Sub-Sahara, Thailand, India, Filipina dan Uruguay, dengan rancangan untuk mengembangkan program dengan pantas pada tahun ini. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17316

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...