Sehubungan itu, HASiL ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan Umum E-Invois Tahun 2023 telah dimuat naik ke Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai meliputi skop pelaksanaan seperti yang berikut:
• Konsep pelaksanaan e-invois;
• Garis masa pelaksanaan e-invois;
• Proses pengeluaran dan penyerahan e-invois kepada HASiL;
• Panduan penilaian kesediaan pembayar cukai; dan
• Spesifikasi medan data yang diperlukan.
Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun garis panduan ini beserta soalan lazim (FAQ) menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/.
HASiL mengalu-alukan sebarang pandangan dan maklum balas berhubung pelaksanaan e-invois yang boleh disalurkan menerusi e-mel rasmi myinvois@hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 21 Julai 2023
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17309
No comments:
Post a Comment