Thursday, July 20, 2023

PENEMUAN BERBILANG TITIK DAN TRANSFORMASI RANTAIAN KESELURUHAN: YILI MENERANGKAN DAYA PENGGERAK BAHARU UNTUK PERTUMBUHAN MASA DEPAN PADA HARI PELABUR 2023

 

Kapsyen: Pemandangan pada Hari Pelabur 2023

Kapsyen: Pengerusi dan Presiden Pan Gang sedang berucap

HOHHOT, China, 20 Julai, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 14 Julai, Yili telah mengadakan Hari Pelabur 2023 mereka, dan pengurusannya duduk bersama dengan ratusan pelabur dan penganalisis daripada institusi pelaburan terkemuka dunia untuk pertukaran yang mendalam.

Pan Gang, Pengerusi bagi Kumpulan Yili, dalam ucapan beliau berkata bahawa Yili akan terus berusaha untuk menjadi sebuah perintis bagi satu rantaian bekalan jenis baharu, sebuah perintis di dalam pendigitalan dan sebuah pengamal bagi pembangunan mapan, dan membuat lebih banyak sumbangan dan mencipta nilai yang lebih besar untuk pengguna, pelabur, dan kesihatan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Dalam era pasca pandemik itu, produk fungsian yang pro-kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada keseluruhan penduduk akan menjadi pemacu teras bagi pembangunan produk tenusu.

Yili adalah sebuah peserta awal di dalam sektor kesihatan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yili telah melancarkan produk pemakanan pro-kesihatan fungsian seperti A2. Pada tahun ini ia telah melancarkan produk susu fungsian yang pertama di dunia yang berupaya untuk mengawal gula darah, dan susu tulen organik suhu bilik yang pertama di dunia dengan laktoferin aktif, di antara produk tenusu fungsian pro-kesihatan lain yang terangkai.

Pelancaran satu demi satu bagi produk pro-kesihatan baharu itu telah dibolehkan oleh input dan kejayaan Yili di dalam teknologi berinovatif yang berpandangan ke hadapan. Yili adalah yang pertama yang dapat memecahkan halangan teknologi dan meningkatkan kadar pengekalan bagi laktoferin di dalam susu tulen suhu bilik daripada 10% kepada lebih 90%. Di samping itu, Yili telah memulakan pembinaan kilang laktoferin mereka di New Zealand, dan selepas ia disiapkan dan memulakan operasi, Yili akan berada di antara tiga pengeluar laktoferin utama di dunia, yang akan meningkatkan dengan ketara pengaruh Yili di peringkat global di dalam industri itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17299

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...