Thursday, July 6, 2023

SYNTAGMA CAPITAL SELESAI MENGAMBIL ALIH ERASTEEL, BAHAGIAN KELULI BERKELAJUAN TINGGI DAN KITAR SEMULA ERAMET S.A. (EURONEXT PARIS: ERA)

 BRUSSELS, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syntagma Capital hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pengambilalihan Erasteel (https://www.erasteel.com).

Syarikat tersebut, yang akan terus beroperasi di bawah jenama Erasteel, adalah peneraju global dalam metalurgi konvensional dan serbuk keluli berkelajuan tinggi yang digunakan untuk alat pemesinan, penggerudian dan alat pemotong berprestasi tinggi. Di samping itu, Erasteel mempunyai keupayaan mengitar semula logam unik di Eropah, yang menawarkan penyelesaian lestari untuk pemulihan bateri, pemangkin dan logam. Pada tahun 2022, Erasteel menjana pendapatan sebanyak lebih kurang €275j terutamanya dalam sektor aeroangkasa, automotif dan perindustrian merentasi 6 tapak perindustriannya di Perancis, Sweden dan China. Perniagaan ini menggaji sebanyak lebih kurang 860 pekerja di seluruh dunia.

“Walaupun pasaran M&A amat mencabar, kami sentiasa mencari peluang menarik untuk memastikan modal berjalan dengan baik dan menyediakan penyelesaian penyahleburan yang menjamin kelajuan dan kepastian. Kami teruja dengan potensi Erasteel dan berharap dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan mengenai pertumbuhan global syarikat ini” kata Rakan Kongsi Pengurusan Syntagma Sebastien Kiekert Le Moult.

“Sukacitanya kami ingin mengumumkan bahawa Kerstin Konradsson akan menyertai Erasteel sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau membawa pengalaman yang sangat berharga dalam dunia metalurgi selepas menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Boliden Smelters serta pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan dalam Åkers dan SSAB. Kami juga mengalu-alukan kehadiran Beatrice Charon, mantan NP Strategi di Constellium, ke lembaga penasihat Erasteel. Kami bertekad untuk memanfaatkan pengalaman global kami dalam logam dan R&D Erasteel yang menyeluruh dan pengetahuan teknikal, keberadaan global dan perhubungan pelanggan yang rapat untuk meningkatkan lagi pertumbuhannya, secara organik dan melalui sasaran M&A. Kami juga berhasrat untuk meningkatkan pembangunan bahagian kitar semula Erasteel di Perancis” kata Rakan Kongsi Syntagma Frank Coenen.

Pasukan Syntagma yang terlibat dalam transaksi itu termasuk Sebastien Kiekert Le Moult (Rakan Kongsi Pengurusan), Frank Coenen (Rakan Kongsi), Benjamin Dahan (Rakan Kongsi), Fabio Yamasaki (Prinsipal) dan Gabriele Lo Monaco (Ahli Bersekutu Kanan).

Syntagma mendapatkan nasihat daripada Willkie Farr Gallagher (Hugo Nocerino dan Victor Cann (korporat), Faustine Viala, Charles Bodreau, Charles-Antoine Erignac dan Jordan Pontal (Peraturan) ), Lincoln International (Géraud Estrangin, Côme de Las Cases), Transaksi PwC ( Eric Douheret, Clément Meudec, François-Xavier Bornet, Geoffrey Donio, Charles Simonnetto), Perundangan dan Cukai PwC (Anne-Valerie Attias-Assouline, Mathieu Norest, Morgane Croisier) dan Rakan Kongsi Perniagaan Advention (Jean-Michel Schmitt, Iska Pivois).

Tentang Syntagma Capital

Syntagma melabur dalam syarikat yang boleh mendapat manfaat daripada kepakaran operasi secara amali untuk mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan prestasi untuk semua pihak berkepentingan. Kami adalah operator sebenar dengan pengalaman bekerja dalam dan menguruskan syarikat pada skala global, memanfaatkan sumber dalaman kami untuk membangunkan strategi yang berjaya, melaksanakannya untuk merealisasikan potensinya sepenuhnya dan mencipta nilai jangka panjang yang lestari. Syntagma melabur dan mengoperasikan syarikat dalam pelbagai industri dengan tumpuan khusus pada pasaran bahan, kimia, industri dan perkhidmatan perniagaan dan termasuk pembuatan, pengedaran, pengangkutan dan logistik, penyewaan peralatan, perkhidmatan logam dan industri lain. Syntagma, sebagai penandatangan PRI PBB, komited kepada standard ESG yang tinggi dalam semua pelaburannya dan berpangkalan di Brussels, Belgium. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://syntagmacapital.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan

Marie Ciparisse
Telefon: +32 (0)2 315 70 12
E-mel mciparisse@syntagmacapital.com

Sumber: SYNTAGMA CAPITAL

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17275

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...