Wednesday, June 29, 2022

BELIA MEMPUNYAI IMPIAN BESAR DI DALAM MENGINTEGRASIKAN QIANHAI KE DALAM KAWASAN GREATER BAY

SHENZHEN, China, 29 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 27 Jun, “Pertandingan Inovasi Belia dan Keusahawanan Qianhai Guangdong-Hong Kong-Macau-Taiwan 2022” telah dimulakan secara rasmi, menandakan bermulanya siri aktiviti “Kerjasama Shenzhen-Hong Kong untuk Mencipta Masa Depan” bagi meraikan ulang tahun ke-25 kembalinya Hong Kong kepada tanah besar China, menurut Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong.

Bagi ramai anak muda yang bercita-cita tinggi, ini menjanjikan lebih banyak peluang dan satu permulaan yang lebih baik. Sunny Zhou, seorang wanita muda dari Guangdong, adalah pengarah bagi sebuah syarikat yang dibiayai oleh Macau. Projek beliau telah memenangi pingat perak di dalam pertandingan akhir tahun lepas. “Peraduan itu telah memberikan kami satu peluang untuk bertemu ramai pakar industri dan rakan keusahawanan dari tempat yang berbeza, dan telah membawa kepada kami idea-idea baharu berkaitan keusahawanan,” kata Sunny Zhou.

Untuk memberikan sokongan yang lebih besar kepada peserta, pertandingan tahun ini dinaik taraf sepenuhnya. Projek yang menang boleh terus mara ke Peringkat Akhir Industri bagi Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan China (Shenzhen). Mentor profesional diperkenalkan untuk memberikan kaunseling satu dengan satu. Selain itu, pemenang boleh diberikan keutamaan untuk menetap di Hab Inovasi dan Usahawan Belia Qianhai Shenzhen-Hong Kong (QSHKYIEH) dan menikmati dasar-dasar keutamaan yang berkaitan. Acara itu akan juga menjalankan aktiviti seperti Kem Pencipta, Sesi Kaunseling Keusahawanan dan Sesi Mencari Padanan Pelaburan untuk membina sebuah platform yang baik untuk belia berkomunikasi, bekerjasama dan meningkat maju. Pertandingan itu telah menetapkan empat sub-wilayah, dengan jumlah hadiah melebihi CNY7 juta.

Acara itu telah diadakan selama enam tahun berturut-turut sejak tahun 2016, dengan menerima kira-kira 6,000 penyertaan, termasuk hampir 3,000 dari Hong Kong, Macau dan tempat lain. Dengan menggalakkan transformasi bagi pencapaian saintifik dan teknologi yang berkaitan, Qianhai telah menjadi sebuah “tempat yang sangat diimpikan” bagi ramai belia.

Lee Jee Bong dari Hong Kong, yang pernah mengambil bahagian di dalam pertandingan itu, adalah seorang daripada usahawan di Qianhai. Tahun lalu, projek syarikat beliau telah dianugerahkan hadiah perak di dalam Kategori Pertumbuhan Perusahaan pada peringkat akhir pertandingan. “Keperluan teknikal bagi produk kami adalah tinggi, dan kami memerlukan ramai bakat profesional. Qianhai mempunyai dasar dan perkhidmatan yang menarik minat bakat, oleh itu otak dan pemikiran yang cemerlang berkumpul. Ia adalah mudah untuk mendapatkan akses kepada Kawasan Greater Bay dan pasaran domestik yang lebih luas. Itulah sebabnya kami berpangkalan di sini,” kata Lee Jee Bong. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16037

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...