Wednesday, June 22, 2022

SOFTBANK MELANTIK ALEX CLAVEL SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI SOFTBANK GROUP INTERNATIONAL

 Michel Combes Berundur Selepas Lima Tahun di SoftBank


Clavel Membawa Pengalaman Bertahun-tahun di SoftBank Global kepada Peranan itu

TOKYO, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SoftBank Group Corp. (“SoftBank”) hari ini mengumumkan bahawa Alex Clavel, pada masa ini sebagai Rakan Pengurusan di SoftBank Group International (“SBGI”), telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi SBGI, berkuat kuasa 30 Jun, 2022. Encik Clavel akan menggantikan Michel Combes, yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan SoftBank bagi meneroka peluang-peluang baharu.

Encik Clavel akan membawa bersama tujuh tahun pengalaman kepimpinan di SoftBank merentasi Tokyo, Lembah Silikon dan New York kepada peranan itu, di mana beliau akan menyelia operasi dan portfolio pelaburan SBGI, termasuk kepentingan mereka di dalam Boston Dynamics, SoFi, Fortress, T-Mobile, Arm, di antara syarikat portfolio lain. Bersama-sama dengan SoftBank Vision Funds, SBGI adalah bertanggungjawab untuk semua aktiviti SoftBank Group Corp. di luar Jepun, termasuk merentasi Eropah, Amerika Syarikat, Asia dan Amerika Latin.

Masayoshi Son, Pengarah Perwakilan, Pegawai Korporat, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi SoftBank Group Corp., berkata, “Membina di atas lebih daripada dua dekad pengalaman di dalam pembangunan korporat dan pelaburan, Alex telah lama menjadi pemimpin yang dipercayai di SoftBank dalam pelbagai lokasi di seluruh dunia. Saya yakin bahawa pengalaman beliau – digabungkan dengan pasukan SoftBank yang mantap di sekeliling beliau – akan memberi manfaat kepada kami ketika kami meneruskan perjalanan kami sebagai Kapitalis Berwawasan.”

Encik Son berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Michel di atas sumbangan penting beliau kepada SoftBank sepanjang lima tahun yang lalu. Beliau telah memainkan satu peranan penting di dalam beberapa pelaburan dan aset kami yang paling penting, dan saya mengharapkan yang terbaik untuk beliau dengan rancangan masa depan beliau. Saya gembira beliau akan kekal sebagai sebahagian daripada keluarga SoftBank dengan terus mewakili kami di pelbagai portfolio dalam beberapa lembaga syarikat.”

Encik Clavel mengulas, “Saya berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh Masa kepada saya untuk mengetuai SBGI dan saya bertuah kerana dapat bekerja bersama-sama dengan Michel. Saya teruja untuk membina di atas kejayaan kami dan bagi segala apa yang akan datang.”

Encik Combes berkata, “Adalah begitu menyeronokkan untuk bekerja dengan Masa dan pasukan berbakat itu di seluruh SoftBank. Saya akan meninggalkan SoftBank dengan perasaan bangga kerana telah mencapai apa yang saya ingin lakukan di sini, termasuk mengubah Sprint dan melaksanakan penggabungannya dengan T-Mobile, mengubah semula kedudukan WeWork dan berjaya membawanya menjadi sebuah syarikat awam, dan, yang terbaharu, penyepaduan SoftBank Latin America Funds ke dalam Vision Fund, serta menyelia pelaburan strategik SoftBank di dalam syarikat portfolio Perancis dan Eropah. Saya berbesar hati untuk menyerahkan baton itu kepada Alex. Beliau telah menjadi rakan saya sepanjang dua tahun yang lalu dan saya yakin beliau berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin pasukan itu dan meneruskan kejayaan kami pada masa hadapan.”

Maklumat Biografi Alex Clavel

Yang paling terbaharu, Encik Clavel telah bertanggungjawab untuk menguruskan beberapa platform pelaburan antarabangsa SoftBank di luar Vision Funds, termasuk T-Mobile, Deutsche Telecom, WeWork dan OneWeb. Beliau berkhidmat sebagai seorang pengarah dalam lembaga pengarah bagi beberapa buah syarikat dan instrumen pelaburan, termasuk Arm China, Boston Dynamics, InMobi, SB Energy, Goggo, dan Levere Holdings Corp. Encik Clavel menyertai SoftBank di Tokyo pada tahun 2015 dan bekerja di pejabat SoftBank di Lembah Silikon sebelum berpindah ke New York dengan SoftBank pada tahun 2018.

Sebelum menyertai SoftBank, Encik Clavel telah berkhidmat selama 19 tahun di Morgan Stanley di dalam perbankan pelaburan, di mana beliau memberi tumpuan kepada penggabungan dan pemerolehan teknologi, media dan telekom. Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Princeton dan boleh bertutur bahasa Perancis, Jepun dan Cina Mandarin.

Maklumat mengenai Kumpulan SoftBank

Kumpulan SoftBank melabur di dalam teknologi terobosan untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi orang ramai di seluruh dunia. Kumpulan SoftBank terdiri daripada SoftBank Group Corp. (TOKYO: 9984), sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang termasuk kepentingan di dalam telekomunikasi, perkhidmatan internet, AI, robotik pintar, loT dan penyedia teknologi tenaga bersih; SoftBank Vision Funds, yang melabur lebih dari AS$140 bilion untuk membantu usahawan luar biasa mengubah industri dan membentuk industri baharu; SoftBank Latin America Funds bernilai AS$8 bilion, dan pelaburan di dalam pengasas yang kurang diwakili, termasuk SB Opportunity Fund, sebuah dana bernilai lebih AS$100 juta yang melabur di dalam perusahaan yang diasaskan oleh usahawan berkulit hitam, latin dan orang asli di Amerika Syarikat, dan program Emerge global SoftBank Investment Advisers. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://group.softbank/en.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220621006036/en/

Hubungi

Jepun:
sbpr@softbank.co.jp
+81 3 6889 2300

Amerika Syarikat:
FGS Global
Benjamin Spicehandler / Hannah Dunning
SoftBank-SVC@sardverb.com

Sumber : SoftBank Group Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16014

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...