Wednesday, June 15, 2022

TOSHIBA BEKERJASAMA DENGAN FARNELL UNTUK MEMPERKUKUHKAN RANTAIAN BEKALAN BAGI SEBUAH RANGKAIAN LANJUTAN BAGI PRODUK BAHARU DAN BERINOVATIF

Perkongsian global yang diperluaskan akan meningkatkan rangkaian semikonduktor kuasa berinovatif dan peranti diskret yang ditawarkan oleh Farnell

KAWASAKI, Jepun, 15 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan bahawa Toshiba Electronics Europe GmbH, anak syarikat jualan dan pemasaran mereka di Eropah, telah melanjutkan perhubungan mereka dengan Farnell, sebuah pengedar global bagi komponen, produk dan penyelesaian elektronik yang berdagang sebagai Farnell di Eropah, Newark di Amerika Utara dan element14 di seluruh Asia Pasifik. Hasil daripada perjanjian ini, Farnell akan menyimpan lebih banyak stok produk Toshiba dalam kuantiti yang lebih besar, meningkatkan sokongan mereka terhadap rantaian bekalan pelanggan Toshiba.

Penyusunan baharu itu terhasil daripada satu keinginan oleh kedua-dua syarikat untuk mencerminkan penyelesaian peneraju pasaran Toshiba untuk pelbagai pasaran / aplikasi termasuk automotif, perindustrian, Internet Benda (loT), kawalan pergerakan, telekomunikasi, rangkaian, pengguna dan aplikasi barangan putih. Akan terdapat peningkatan tumpuan terhadap kekuatan Toshiba termasuk penyelesaian kuasa dan kawalan motor lanjutan. 

Portfolio Farnell akan kini berkembang untuk memasukkan lebih banyak peranti Toshiba yang paling berinovatif, merangkumi kira-kira 800 produk menjelang akhir tahun dan terus meningkat kepada 1,000 item pada tahun 2023. Tumpuan akan diberikan pada optocoupler dan geganti Toshiba, MOSFET bervoltan rendah dan tinggi, IGBT diskret , diod dan transistor isyarat kecil, alat kawal atur voltan, peranti logik dan penyelesaian kawalan motor. 

Mengulas mengenai perkongsian yang dipertingkatkan itu, Ian Wilson, Pengurus Kanan - Pengedaran Jualan - di Toshiba Electronics Europe GmbH berkata: “Dalam masa kekurangan global ini adalah penting untuk mengukuhkan sokongan kami bagi memenuhi ketersediaan produk dan keperluan sokongan bagi komuniti kejuruteraan yang berterusan untuk mereka bentuk, melayakkan, menaik taraf dan membaiki dengan komponen terkini. Kami amat gembira untuk melihat beberapa daripada produk kami yang lebih berinovatif tersedia melalui Farnell.”  

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...