Platform MSSP itu menawarkan kebolehlihatan 360 darjah bagi landskap ancaman kepada Pelanggan Perkhidmatan Terurus Cyble
ALPHARETTA, Ga., 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cyble, peneraju yang disokong oleh Y Combinator di dalam perisikan ancaman siber global yang dikuasakan dengan AI, dengan bangganya ingin mengumumkan platform perisikan ancaman terbaharu mereka untuk Pembekal Perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSSP). Melalui program baharu itu, rakan Cyble MSSP boleh mendapatkan manfaat daripada satu papan pemuka komprehensif yang terdiri daripada perisikan ancaman lanjutan dan pemantauan dan mitigasi jenayah siber. Ia akan memainkan peranan penting di dalam membolehkan kedua-dua pelanggan dan rakan bekerja seiring ke arah mencapai matlamat keselamatan siber mereka.
Platform itu direka untuk memperkasakan rakan MSSP Cyble dengan satu kawalan yang dipertingkatkan untuk menyedia, mengkonfigurasi dan memantau semua perkhidmatan yang disediakan oleh Cyble Vision sebagai satu suite perisian kepada pelanggan akhir mereka. Kemas kini baharu ini membawa masuk ciri-ciri seperti konsol pengurusan berbilang pentadbir, akses lancar kepada papan pemuka hierarki pengguna untuk memudahkan pengedaran dan pemilikan pelanggan, papan pemuka dan konsol berpusat untuk akses serta keupayaan untuk mengurus dan menyelenggara papan pemuka pengguna akhir daripada akaun mereka sendiri. Selain itu, ia juga membolehkan penjejakan semua makluman pelanggan, dengan itu memupuk campur tangan awal dan melindungi aset & kepentingan pelanggan.
Penyelesaian perusahaan berasaskan SaaS syarikat itu, Cyble Vision, menggunakan teknologi AI dan ML proprietari untuk menambahkan kecerdasan ancaman dan memaklumkan pengguna dengan konteks yang mencukupi untuk memahami risiko siber dan mengambil langkah-langkah mitigasi yang sesuai. Di Cyble, objektif unik itu adalah untuk mendemokrasikan perlindungan risiko digital melalui satu gabungan automasi, analitik manusia dan inovasi.
Manish Chachada, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama bagi Cyble, berkata, “Pelancaran program MSSP kami merupakan satu perkembangan penting di dalam perjalanan Cyble. Ia akan membolehkan rakan kami untuk meluaskan keupayaan Perisikan Ancaman Cyble, Perkhidmatan Perlindungan Risiko Digital dan Web Tertutup dan Pemantauan Jenayah Siber kepada pelanggan di seluruh dunia, sekali gus memastikan integrasi yang lancar dengan persekitaran mereka. Kami komited sepenuhnya terhadap keperluan pelanggan dan rakan kami, dan keupayaan program MSSP kami untuk menyediakan kepada pengguna dengan satu papan pemuka intuitif tunggal untuk pengurusan ancaman yang dibolehkan oleh AI, pemburuan ancaman lanjutan dan tindak balas mitigasi telah menjadi satu faktor pembezaan utama terhadap pesaing.”
“Perkongsian strategik adalah satu keperluan kritikal bagi organisasi disebabkan oleh keperluan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menangani penyingkiran dengan cepat dan cekap, tindak balas insiden, pemarkahan risiko pihak ketiga, dan memantau risiko yang muncul dan sebagainya. Program MSSP itu akan membuka laluan kepada penjimatan kos dengan ROI dan akses kepada peningkatan kebolehlihatan, kecekapan operasi, kawalan dan risikan yang boleh diambil tindakan untuk pelanggan rakan kami.” kata Mandar Patil, Naib Presiden Pasaran Antarabangsa dan Kejayaan Pelanggan di Cyble.
Platform MSSP itu dilengkapi dengan kebolehan pengesanan ancaman yang dipertingkatkan yang disokong oleh inovasi berasaskan AI, kebolehskalaan tanpa had, platform terbuka dengan keupayaan untuk berintegrasi dengan berkesan, dan dikawal oleh mandat privasi GDPR. Berita itu diikuti rapat oleh pengumuman Cyble baru-baru ini sebagai pemenang dalam 8 kategori bagi Anugerah InfoSec Global Tahunan ke-10 yang berprestij oleh Majalah Cyber Defense (CDM) yang elit, majalah keselamatan maklumat elektronik terkemuka di dalam industri itu.
“Kami sangat teruja untuk mengeluarkan modul teras ini kepada sebuah pangkalan rakan yang lebih luas dan tidak sabar untuk membantu komuniti perusahaan yang lebih besar. Ini adalah hasil daripada bekerja tanpa jemu untuk mereka bentuk satu penyelesaian yang meningkatkan pengesanan ancaman dan keupayaan pengurangan proaktif bagi pelanggan kami. Rakan MSSP mencari tidak lebih daripada penyelesaian yang komprehensif, mudah dikemudi, selamat yang menyediakan kecerdasan ancaman terbaik dalam kelasnya dan perlindungan risiko digital. Penyelesaian kami melakukan perkara itu! Keterujaan kami tiada batasan kerana kami berharap untuk mengukuhkan perkongsian strategik MSSP kami yang sedia ada selain daripada menyertai rakan baharu di seluruh dunia,” kata Beenu Arora, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Cyble.

No comments:
Post a Comment