Pada 31 Mei, 2022 Chunghwa Telecom Co., Ltd. (CHT) dan Hospital Thonburi (TH) telah menandatangani MOU “Hospital Pintar”. Berikutan dengan strategi “Hab Perubatan Asia” oleh kerajaan Thailand pada tahun 2004, dan matlamat mereka untuk menjadi negara Asia Tenggara yang terkemuka di dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan antarabangsa, kedua-dua pihak, CHT dan TH, meneruskan kerjasama POC wad pintar mereka, dan memperoleh satu pencapaian baharu bagi aplikasi hospital pintar di Thailand.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220531005438/en/
Di antara rangkaian hospital Kumpulan Penjagaan Kesihatan Thonburi di Thailand, Hospital Thonburi terus-menerus menaikkan taraf dan berkembang untuk memenuhi komitmen mereka dengan kecemerlangan di dalam setiap aspek, dengan pasukan mereka yang didorong oleh kualiti dan terdiri daripada lebih 350 pakar perubatan yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, penggunaan teknologi perubatan yang paling canggih, dan budaya prihatin dan belas kasihan yang telah berakar umbi.
Bersekutu dengan rakan-rakan yang cemerlang di dalam industri penjagaan kesihatan, termasuk imedtac dari Taiwan dan MD Healthcare dari Thailand, Chunghwa Telecom memperkenalkan kepada Hospital Thonburi dengan penyelesaian wad pintar, termasuk stesen jururawat pintar, kiosk tanda vital semua-dalam-satu, kabinet pendispensan automatik, Paparan Maklumat Sisi Katil Ekertas dan Sistem Pengurusan ToF Fall. Penyelesaian ini membantu mengurangkan beban kerja bagi kakitangan perubatan, meningkatkan kualiti bagi perkhidmatan perubatan dan meningkatkan prestasi operasi. Chunghwa Telecom terus-menerus berusaha meningkatkan daya saing dengan menggunakan teknologi dan aplikasi ICT.
Dr. Siripong, Ketua Pegawai Eksekutif di Hospital Thonburi menekankan “Kami percaya bahawa pengumpulan maklumat, organisasi dan pengedaran yang lebih baik adalah penting kepada ketepatan perubatan, yang akhirnya membolehkan doktor dan paramedik untuk menyampaikan penjagaan kesihatan yang lebih baik di dalam dan di luar kawasan hospital. Kami menghargai kesederhanaan, kemesraan dan ketersambungan yang komprehensif di dalam teknologi maklumat kami berbanding dengan sistem yang rumit dan baharu yang mengalihkan perhatian daripada penjagaan kesihatan yang kami bawa kepada pesakit kami.”
CHUNGHWA TELECOM CO., LTD. DAN HOSPITAL THONBURI BEKERJASAMA UNTUK MEWUJUDKAN BAB BAHARU DI DALAM PERKHIDMATAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment