Monday, May 30, 2022

GRADIANT, PENERAJU TEKNOLOGI DI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH AIR KRITIKAL, MENERIMA ANUGERAH AIR GLOBAL YANG MENJADI REBUTAN

Gradiant dinamakan sebagai sebuah “Syarikat Teknologi Air Terbaik Tahun Ini” dan Synauta, syarikat Pembelajaran Mesin yang diperolehinya baru-baru ini, dianugerahkan dengan “Syarikat Teknologi Cemerlang Terbaik Tahun Ini”

BOSTON, 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, sebuah penyedia penyelesaian global dan pembangun bagi air berteknologi bersih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf dengan kecemerlangan sebagai sebuah “Syarikat Teknologi Air Terbaik Tahun Ini” dan dan perniagaan AI mereka yang diperolehi baru-baru ini Synauta, telah dianugerahkan sebagai “Syarikat Teknologi Cemerlang Terbaik Tahun Ini” pada Anugerah Air Global pada Kecerdasan Air Global (GWI)  di Madrid, Sepanyol.

Setiap tahun, anugerah berprestij ini mengiktiraf pencapaian paling penting di dalam industri air global. Pemenang dipilih oleh pemimpin perniagaan, pelabur dan pakar teknologi di dalam industri air global daripada sektor swasta dan awam. Gradiant telah diiktiraf di atas sumbangan besar mereka kepada bidang air dan teknologi digital, khususnya untuk:

· Teknologi Aliran Lawan Osmosis Berbalik (CFRO) yang menjadikan membran kepekatan air garam menjadi satu realiti bagi pengguna industri dan perbandaran di seluruh dunia. Untuk kemudahan SWRO baharu, membran kepekatan air garam telah menjadikan kadar pemulihan >99% berdaya maju, secara radikal mengubah paradigma reka bentuk yang wujud sejak dahulu lagi
· Penggunaan global bagi platform digital SmartOps yang menawarkan pengoptimuman berterusan bagi sistem dengan air suapan yang berubah-ubah –satu daripada cabaran terbesar untuk teknologi pelepasan cecair sifar dan minimum. Pelanggan industri dan perbandaran semakin menggunakan platform AI untuk operasi air dan air buangan mereka untuk menangani cabaran daripada tekanan kemapanan dan kos, kesinambungan perniagaan, pematuhan peraturan dan peristiwa iklim.
· Salur paip bagi inovasi yang disruptif yang menghasilkan di dalam lebih daripada 250 paten dan aplikasi yang membolehkan syarikat itu menangani satu rangkaian luas bagi aplikasi penggunaan akhir yang baru muncul. GWI berkata pada masa penganugerahan, “Tidak ada syarikat lain yang telah membawa lebih banyak penyelesaian kepada cabaran rawatan air yang sukar di dalam sektor perindustrian dalam tempoh 10 tahun yang lalu.”
 
“Ia adalah satu penghormatan untuk diiktiraf oleh rakan industri kami kerana pertumbuhan perniagaan, inovasi dan penggunaan teknologi kami,” kata Anurag Bajpayee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Gradiant. “Kepakaran kami dalam mendigital dan mengoptimumkan air telah mencipta nilai jangka panjang yang baharu bagi pelanggan kami dan pembezaan kompetitif. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami kerana mempercayai Gradiant untuk menyelesaikan cabaran air mereka yang unik.”

Synauta, yang baru-baru ini diperoleh oleh Gradiant, telah dianugerahkan di atas kejayaan penemuan komersial mereka di dalam teknologi air global. Synauta mengoptimumkan prestasi bagi loji penyahgaraman melalui algoritma pembelajaran mesin. Penawaran “titik tetap-sebagai-satu-perkhidmatan” Synauta telah merevolusikan amalan penyahgaraman dan pengendali loji guna semula. Peluasan ke dalam geografi baharu dan mendapatkan perkongsian industri baharu mengesahkan peranan itu yang akan digunakan oleh data dan pembelajaran mesin untuk mengurangkan tenaga, bahan kimia dan jejak karbon pada masa hadapan air.

GRADIANT, PENERAJU TEKNOLOGI DI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH AIR KRITIKAL, MENERIMA ANUGERAH AIR GLOBAL YANG MENJADI REBUTAN

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...