Tuesday, May 17, 2022

TTI MELANTIK ROSS GILARDI SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI KEWANGAN - PERHUBUNGAN PELABUR

HONG KONG, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin global di dalam Peralatan Profesional tanpa kord, Peralatan DIY dan Peralatan Kuasa Luaran, Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan” itu) (kod saham: 669, simbol ADR: TTNDY) dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Encik Ross Gilardi ke jawatan Naib Presiden Kanan bagi Kewangan - Perhubungan Pelabur, berkuat kuasa 5 Julai, 2022. Encik Gilardi akan berpangkalan di Amerika Syarikat dan memikul tanggungjawab untuk Perhubungan Pelabur TTI di peringkat global. Beliau akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif Encik Joseph Galli.

Encik Gilardi menyertai pasukan itu selepas satu kerjaya yang cemerlang selama 23 tahun sebagai seorang penganalisis penyelidikan ekuiti yang dihormati dan dinilai tinggi dengan Bank of America – Merrill Lynch. Kerjaya penyelidikan ekuiti beliau yang cemerlang termasuk 4 tahun di United Kingdom dan 20 tahun di Amerika Syarikat di mana beliau disenaraikan sebagai seorang daripada penganalisis penyelidikan global utama di dalam kedua-dua tinjauan di Amerika Syarikat dan Pelabur Institusi Eropah merentasi pelbagai kategori industri. Beliau membawa banyak pengalaman industri dengan perhubungan pelabur global yang kukuh untuk peranan baharu beliau. Encik Gilardi mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Kolej Boston dan MBA dari Columbia Business School.

Encik Galli, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Sejak 18 bulan yang lalu, Ross telah membangunkan satu pemahaman yang menyeluruh tentang potensi besar TTI. Pengalaman Ross di dalam pasaran modal, dan digabungkan dengan perhubungan beliau yang kukuh di dalam komuniti kewangan global, akan menjadi satu aset yang hebat ketika kami terus mengembangkan pangkalan pelabur kami yang bertaraf dunia.”

TTI MELANTIK ROSS GILARDI SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI KEWANGAN - PERHUBUNGAN PELABUR

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...