Wednesday, May 11, 2022

HILLSTONE NETWORKS MENERIMA PENGIKTIRAFAN "PILIHAN PELANGGAN" DI DALAM LAPORAN TEMBOK API RANGKAIAN "SUARA PELANGGAN" GARTNER® PEER INSIGHTS™ UNTUK TAHUN KETIGA BERTURUT-TURUT

Vendor Pilihan Pelanggan mesti memenuhi atau melebihi kedua-dua purata pasaran Penilaian Keseluruhan dan purata pasaran Minat dan Penggunaan Pengguna

SANTA CLARA, Calif., 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian perlindungan infrastruktur, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima pengiktirafan “Pilihan Pelanggan” di dalam ‘Suara Pelanggan’: Tembok Api Rangkaian Gartner Peer Insights 2022. “Gartner Peer Insights adalah sebuah platform ulasan dan penilaian rakan setara percuma yang direka untuk perisian perusahaan dan pembuat keputusan perkhidmatan.”

Dalam laporan itu, vendor, termasuk Hillstone Networks, yang “diletakkan di dalam kuadran atas sebelah kanan bagi kuadran ‘Suara Pelanggan’ adalah diiktiraf dengan pengiktirafan Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights, yang ditandakan dengan sebuah lencana Pilihan Pelanggan. Vendor yang diiktiraf itu memenuhi atau melebihi kedua-dua purata pasaran Penilaian Keseluruhan dan purata pasaran Minat dan Penggunaan Pengguna.”

“Selain menyampaikan penyelesaian keselamatan rangkaian yang berinovatif, terbukti dan berkesan, Hillstone Networks adalah komited untuk menyediakan suatu pengalaman pelanggan yang unggul,” kata Tim Liu, pengasas bersama & Ketua Pegawai Teknologi, Hillstone Networks. “Untuk diiktiraf dengan satu pengiktirafan ‘Pilihan Pelanggan’, kami percaya, adalah satu bukti kepada komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan menyokong keperluan pelanggan kami untuk memastikan syarikat mereka selamat.”

Penemuan utama bagi Hillstone Networks di dalam laporan Tembok Api Rangkaian “Suara Pelanggan” Gartner Peer Insights setakat 28 Feb 2022 termasuk:

· Hillstone Networks menerima 100 peratus penilaian “kesediaan untuk mengesyorkan” daripada pengguna mereka.
· 85 peratus daripada pengguna Hillstone yang ditinjau telah memberikan syarikat itu dengan penarafan 5 daripada 5 bintang.
· Pengalaman Sokongan Hillstone Networks menerima penilaian 4.9 daripada 5 berdasarkan daripada 94 ulasan.
· Pengalaman Jualan Hillstone Networks menerima penilaian 4.9 daripada 5 berdasarkan daripada 93 ulasan.
 
Untuk membaca laporan Tembok Api Rangkaian “Suara Pelanggan” bagi Gartner Peer Insights 2022, klik di sini.

HILLSTONE NETWORKS MENERIMA PENGIKTIRAFAN

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...