Thursday, May 19, 2022

AQARA MENGUMUMKAN KUNCI PINTU PINTAR D100 ZIGBEE YANG AUTOMATIK SEPENUHNYA

 NEW YORK, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aqara, sebuah pembekal terkemuka bagi produk rumah pintar, mengembangkan portfolio kunci pintu pintar mereka dengan mengeluarkan sebuah kunci gaya tanggam yang baharu, D100 Zigbee, yang merupakan kunci pintar ketiga jenama itu untuk pasaran global. Tidak seperti N100 Zigbee dan A100 Zigbee sebelum ini yang merupakan kunci pemegang yang lebih tradisional, D100 Zigbee yang baharu itu ialah sebuah kunci tanggam yang automatik sepenuhnya yang membolehkan pengguna untuk membuka pintu tanpa perlu menolak pemegang atau memutarkan tombol. Model baharu itu direka untuk berfungsi dengan HomeKit termasuk ciri kunci rumah terkini, dan ia juga menyokong membuka kunci melalui Google Assistant. D100 Zigbee itu telah berada di pasaran Singapura, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan ketersediaan produk itu dijangka berkembang pada bulan-bulan berikutnya ke negara/rantau lain termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Kazakhstan, Nigeria, dsb.


Berbanding dengan model sebelum ini, kunci D100 Zigbee serasi dengan rangkaian pintu yang lebih luas, sesuai dengan ketebalan di antara 40 hingga 120 milimeter dan juga pintu pemegang tarik yang bergaya. Ia juga menampilkan sebuah pek bateri litium-ion (Li-ion) yang lebih mapan. Pek bateri 2480mAh boleh tanggal itu boleh dicas semula melalui port USB-C, dan menyediakan hayat bateri selama 12 bulan bagi setiap pengecasan. Sebuah penggera bateri rendah disokong, dan walaupun bateri itu telah lemah, kunci itu boleh juga dicas dari luar dengan melalui bank kuasa USB-C. Dan sama dengan kunci Aqara yang lain, kunci mekanikal disediakan, yang membolehkan pengguna untuk membuka kunci walaupun jika elektronik itu gagal.

D100 Zigbee itu menampilkan sebuah pengimbas cap jari 3D dengan pengesanan masa nyata, dan pengimbas itu mempunyai sebuah salutan nilam untuk memastikan ketahanan yang lebih baik. Kunci itu dilengkapi dengan sebuah pad kunci yang tidak kelihatan, dan membolehkan kata laluan kekal, sekali serta berkala (6-10 digit) yang membantu pengguna untuk memberi dan menguruskan akses rumah untuk ahli keluarga dan pelawat dengan mudah. Kata laluan sekali dan berkala boleh dibuat dan diurus dari jarak jauh*, yang menjadikan kunci ini satu pilihan yang ideal untuk rumah sewa. Kad NFC itu juga disediakan dengan kunci itu, yang mudah bagi ahli keluarga yang lebih muda dan lebih tua untuk membuka kunci.

Selain itu, D100 Zigbee itu direka untuk berfungsi dengan HomeKit dan menyokong ciri kunci rumah di dalam Apple Wallet, yang membolehkan pengguna untuk hanya tag iPhone atau Apple Watch mereka untuk membuka kunci. Ia juga menyokong pembantu suara termasuk Siri dan Google Assistant, supaya pengguna boleh menyemak dengan pembantu kegemaran mereka sama ada pintu itu dikunci atau meminta pembantu itu untuk membukakan pintu berkenaan.
 
Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan telah dimasukkan ke dalam kunci D100 Zigbee itu untuk memastikan keselamatan bagi rumah dan hartanah, termasuk:
  • Badan kunci tiga bolt dan silinder yang sangat terjamin menjadikan kunci itu sangat tahan terhadap percubaan untuk pecah masuk;
  • Cip kawalan dan keselamatan diletakkan di dalam panel dalaman kunci itu, supaya ia tidak akan diusik walaupun apabila panel luar terjejas;
  • Sebuah tombol mekanikal dilengkapkan, yang membolehkan kunci untuk dikunci dan dibuka dari dalam bagi keselamatan yang lebih baik dan bagi pintu keluar kecemasan;
  • Amaran gangguan itu adalah secara tempatan dan jarak jauh, yang bermaksud bahawa pembesar suara terbina dalam akan membunyikan penggera manakala satu pemberitahuan mudah alih akan dihantar kepada pengguna untuk mengesan percubaan gangguan;
  • Terkunci secara automatik selepas pintu itu ditutup, dan amaran pintu ditinggalkan terbuka akan berbunyi jika pintu itu terbuka selama lebih 10 saat;
  • Sebuah suis kunci kanak-kanak diletakkan di atas butang untuk membuka kunci, dan setelah suis itu diaktifkan ia menghalang kanak-kanak daripada membuka pintu itu secara tidak sengaja;
  • Pengesahan akan dibekukan selama 3 minit selepas 5 kegagalan pengesahan dan satu amaran percubaan yang tidak normal akan dihantar kepada pengguna, agar satu serangan daya kasar adalah hampir mustahil;
  • Digit rawak boleh ditambah sebelum dan selepas kata laluan itu untuk melindunginya daripada serangan mengintip dan palitan;
  • Semua kunci yang dibuka melalui jarak jauh termasuk kata laluan yang dijana dari jarak jauh adalah dijamin dengan penyulitan hujung ke hujung, dan kunci penyulitan itu disimpan di dalam kunci dan telefon bimbit pengguna dipasangkan secara setempat, yang membolehkan hanya kunci khusus ini untuk dinyahsulit.
Kedua-dua Bluetooth 5.0 dan Zigbee 3.0 disepadukan dengan kunci D100 Zigbee. Walaupun sokongan Bluetooth membolehkan sambungan terus dengan peranti mudah alih dan hab kediaman Apple, penyepaduan Zigbee itulah yang membezakan D100 Zigbee di pasaran. Apabila disambungkan kepada sebuah hab Zigbee 3.0 Aqara, kunci itu bukan sahaja menyokong untuk membuka kunci secara jarak jauh melalui aplikasi Aqara Home, tetapi juga berhubung dengan aksesori Aqara yang lain untuk membolehkan automasi rumah. Sebagai contoh, dengan menekan butang Away kunci itu pada pad kekunci, pengguna boleh melengkapkan Sistem Makluman Aqara Home di mana kamera keselamatan dan penderia diaktifkan serta mematikan lampu, penyaman udara dan peralatan rumah yang lain. Dengan portfolio luas bagi peranti Aqara itu, pengguna boleh mencipta automasi tersuai yang sesuai dengan keperluan dan persekitaran rumah mereka.

Untuk butiran lanjut mengenai Kunci Pintar D100 Zigbee, sila layari laman web kami.

* Sebuah hab Zigbee 3.0 Aqara diperlukan.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220518005555/en/

Hubungi

Untuk Pertanyaan Media:
Michell Li
Telefon Bimbit: +86 18501199430
E-mel:  media@aqara.com

Sumber : Aqara

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...