THAILAND & SINGAPURA, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, sebuah penyedia global terkemuka bagi penyelesaian utiliti untuk pemeteran termaju dan sistem grid pintar, dengan sukacitanya ingin mengumumkan satu perkongsian baharu dengan SAMART untuk mengaturkan kedudukan Infrastruktur Pemeteran Termaju (AMI) bagi Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah Thailand (PEA). Penggunaan itu menunjukkan komitmen berterusan Trilliant terhadap utiliti di rantau Asia Pasifik pada tahap prestasi peneraju pasaran.
“Trilliant berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian yang berinovatif bagi pelanggan kami di seluruh dunia,” kata Andy White, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Trilliant. “Platform kami membolehkan bagi penggunaan teknologi wayarles hibrid yang boleh digunakan dengan berkesan bersama pelbagai aplikasi, yang membolehkan utiliti untuk menyediakan perkhidmatan peringkat atasan kepada pelanggan mereka. Jalinan kerjasama dengan SAMART membolehkan kami untuk menyampaikan platform perisian kami bagi menyokong penggunaan jenama berbilang meter.”
PEA Thailand telah memberikan kontrak itu kepada Konsortium STS yang terdiri daripada SAMART Telcoms PCL dan SAMART Communication Services.
“Pemilihan terbaik bagi produk berkualiti daripada Trilliant, sebuah penyedia teknologi bertaraf dunia, telah mengukuhkan penawaran penyelesaian kami kepada PEA. Kami menantikan perkongsian jangka panjang dan kerjasama masa depan kami di Thailand,” kata Encik Suchart Duangtawee, Naib Presiden Eksekutif bagi SAMART Telcoms PCL.
Trilliant telah pun menghubungkan lebih 3 juta meter pintar bagi pelanggan di India dan Malaysia, dengan rancangan untuk mengaturkan kedudukan bagi 7 juta meter tambahan dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui perkongsian yang sedia ada. Dengan penambahan PEA, teknologi Trilliant akan tidak lama lagi digunakan di berjuta-juta rumah baharu, sekali gus membantu pihak berkuasa utiliti menyediakan akses elektrik yang boleh dipercayai kepada pelanggan mereka.
Penggunaan berterusan di dalam APAC adalah satu bukti kepada teknologi Trilliant yang dibina khas untuk utiliti dan komuniti. Baru-baru ini diiktiraf oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Platform Komunikasi Utiliti Pintar Asia Pasifik Terbaik untuk 2021, Trilliant kekal berdedikasi kepada laluan inovasi teknologi mereka.
Trilliant terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan tenaga untuk melengkapkan pemasangan meter pintar, sistem hujung kepala dan hab komunikasi dalam satu cara yang selamat dan tepat pada masanya. Penggunaan ini menyokong utiliti di dalam mengejar matlamat alam sekitar dan kelestarian mereka melalui penyelarasan berterusan bagi proses dan pengurusan perkhidmatan tenaga yang dipertingkatkan.
Maklumat mengenai Trilliant
Trilliant® memperkasakan industri tenaga dengan satu-satunya platform komunikasi yang dibina khas yang membolehkan pihak utiliti dan bandar raya untuk menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan boleh dipercayai -- pada satu rangkaian yang berkuasa. Dengan penyelesaian yang paling terbukti di lapangan dan patuh di peringkat global di dalam pasaran, Trilliant memperkasakan anda dengan menghubungkan dunia benda®. www.trilliant.com
Maklumat mengenai SAMART Telcoms PCL
KUMPULAN SAMART TELCOMS menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan di dalam ICT dan inovasi digital, termasuk Penyelesaian Rangkaian, Teknologi Dipertingkatkan, dan Aplikasi Perniagaan yang mencakupi daripada perundingan, reka bentuk sistem, pemasangan dan pelaksanaan, operasi, dan penyelenggaraan sebagai penyedia penyelesaian dan perkhidmatan yang terkemuka dan lengkap untuk pelanggan di sektor kerajaan dan swasta.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15915
No comments:
Post a Comment