Thursday, May 12, 2022

ZYNGA MENGUMUMKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU PERTAMA 2022

Menyampaikan Hasil dan Tempahan Suku Tahunan yang Kukuh

Melaporkan Hasil Pengiklanan dan Tempahan Suku Pertama Paling Tinggi

Pelaksanaan Yang Berterusan Merentasi Strategi Pertumbuhan Pelbagai Tahun

SAN FRANCISCO, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (NASDAQ: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan untuk suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2021.

“Kami memulakan tahun 2022 dengan prestasi suku tahunan yang kukuh, dengan mencapai hasil pengiklanan dan tempahan suku pertama paling tinggi kami yang diterajui oleh portfolio hiper-kasual kami,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Melalui pelaksanaan berterusan merentasi semua aspek bagi strategi pertumbuhan berbilang tahun kami termasuk perkhidmatan langsung, pembangunan permainan baharu dan pelaburan di dalam platform pengiklanan kami, pasaran dan teknologi baharu, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah syarikat peneraju perkhidmatan langsung yang mengutamakan mudah alih, percuma untuk bermain.”  

No comments:

Post a Comment

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...