Wednesday, May 18, 2022

NIELSENIQ MELANCARKAN PENYELESAIAN MEDIA RUNCIT UNTUK MENGEWANGKAN ASET DAN MENGUKUR ROI BAGI PERUNCIT

NielsenIQ Activate membolehkan peruncit untuk memanfaatkan data mereka sendiri bagi mempercepatkan aliran hasil baharu

CHICAGO, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, mengumumkan pelancaran NielsenIQ Activate; sebuah penyelesaian perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang membolehkan peruncit untuk mempercepatkan peluang-peluang hasil melalui media runcit dan wawasan pelanggan yang komprehensif yang mengaktifkan pembeli-belah dengan tawaran promosi yang diperibadikan.

NielsenIQ Activate terdiri daripada aplikasi khusus untuk pembinaan audiens sasaran hiper, pengurusan tawaran dan iklan serta pengukuran hujung ke hujung. Peranti SaaS ini, yang merupakan sebahagian daripada platform NielsenIQ Connect, akan membolehkan peruncit untuk mewujudkan hasil yang lestari dengan mengewangkan aset media runcit mereka merentasi saluran fizikal dan digital. Selain itu, peruncit akan dapat meningkatkan kredibiliti dengan jenama dan memaklumkan mereka tentang wawasan yang mereka perlukan untuk menarik perhatian pelanggan mereka, bertindak berdasarkan kepada wawasan tersebut dan mengukur ROI bagi aktiviti mereka merentasi semua saluran. 

No comments:

Post a Comment

MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025

“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...