Friday, May 6, 2022

HANHWA MEMPEROLEH KOMITMEN MODAL AUS 140 JUTA DARIPADA GEM KETIKA SYARIKAT BERHASRAT UNTUK MENJADI SYARIKAT SENARAI AWAM

Syarikat itu berusaha untuk menjadi syarikat senarai awam pada tahun akan datang di ASX

MELBOURNE, Australia, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hanhwa Aus Pty Ltd (“Hanhwa”), Sebuah pengilang automotif global dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian ("Perjanjian") dengan GEM Global Yield LLC SCS ("GGY"), kumpulan pelaburan alternatif swasta yang berpangkalan di Luxembourg, untuk menyediakan kepada Hanhwa dengan satu kemudahan langganan saham sehingga AUS 140 juta bagi tempoh 36 bulan berikutan satu penyenaraian awam. Kemudahan langganan saham itu akan membolehkan Hanhwa untuk mengeluarkan dana dengan menerbitkan saham biasa kepada GEM. Hanhwa akan mengawal ketepatan masa dan saiz maksimum bagi penggunaan pinjaman tersebut dan tidak mempunyai tanggungjawab penggunaan pinjaman minimum. Serentak dengan satu penyenaraian awam Hanhwa akan mengeluarkan waran kepada GEM untuk membeli sehingga 5.2% daripada saham biasa syarikat itu.

Maklumat mengenai Hanhwa

Sejak penubuhan mereka pada tahun 2016, di Victoria, Australia, Hanhwa Aus Pty Ltd. (“Hanhwa”) ialah sebuah Syarikat Teknologi Automotif Global – Syarikat Pembuatan / Kejuruteraan dan Pengedaran Peralatan Asal, di dalam industri Automotif melalui sebuah model pengedaran langsung utama, dengan fleksibiliti di atas permintaan khas oleh syarikat-syarikat automotif global.

Hanhwa mempunyai sebuah produk terkemuka dunia oleh itu ia dapat bekerjasama dengan entiti antarabangsa berprofil tinggi termasuk Isuzu, Toyota, Mercedes-Benz, Fuso, Volvo, dengan mengimport ke lokasi yang disebutkan di atas serta EU dan Majlis Kerjasama Teluk. 

No comments:

Post a Comment

Moove Berjaya Mengumpulkan Dana AS$250 Juta pada Penilaian AS$2.1 Bilion untuk Memperluaskan Infrastruktur Global yang Menjadi Asas kepada Mobiliti Berautonomi

Pembiayaan Siri C yang diterajui oleh Mubadala Investment Company ("Mubadala") dan diterajui bersama oleh Woven Capital (Toyota) s...