Monday, May 9, 2022

PENYELESAIAN KEPADA PERLOMBONGAN KRIPTO YANG MUDAH ADA DI SINI

HELSINKI, Finland, 9 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dual Miners (www.dualminers.com/) telah melepasi sasaran $45 juta USD bagi pesanan dan pra-jualan. Pelantar perlombongan yang baru diperkenalkan oleh Dual Miners telah mengatasi segala apa yang ada dalam pasaran mata wang kripto semasa. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil; dengan inovasi ini, ia telah menjadikan perlombongan berbeza dan mudah. Apa yang menjadikannya lebih mudah ialah manual pemasangan yang disertakan dengan mesin itu. Anda tidak perlu menjadi seorang yang berpengalaman dalam teknologi untuk memahami cara ia berfungsi.

Disebabkan kemajuan dalam teknologi cip ASIC, Dual Miners Ltd telah membangunkan tiga penyelesaian yang diprakonfigurasikan untuk kemudahan penggunaan dan menjanjikan pulangan pelaburan dalam masa seawal sebulan. Syarikat yang diketuai oleh beberapa pakar paling berpengalaman dalam industri perlombongan mata wang kripto itu berpangkalan di United Kingdom.

Menurut satu pernyataan korporat, tawaran semasa syarikat itu merangkumi DualPro, DualPro Max, dan DualPremium yang terbaru, semuanya direka untuk menyokong operasi yang menguntungkan pada blok rantai pilihan.

Ditubuhkan di London, Dual Miners ialah sebuah syarikat reka bentuk dan pembuatan cip yang mempunyai pejabat di Finland, Korea Selatan dan Australia sebagai tambahan kepada pangkalan utamanya di United Kingdom. Ia mempunyai beberapa pasukan dengan pengetahuan mendalam tentang pelbagai topik, termasuk teknologi Blok Rantai dan reka bentuk teknologi, serta banyak lagi.

Para pengguna boleh membeli unit pemprosesan grafik daripada syarikat itu, yang turut menyediakan perkhidmatan pembangunan dompet kripto. Syarikat itu mempunyai pejabat di tiga benua yang berbeza. Oleh kerana Dual Miners mengumpul begitu banyak pengalaman pasaran, ia telah menjadikannya sebuah syarikat yang bereputasi baik dalam perniagaan Blok Rantai.

Hasilnya, Dual Miners akan membayar kos penghantaran serta tarif import, membolehkan para pengguna membelanjakan tidak lebih daripada kos alat itu dan turut mendapat segala yang mereka perlukan untuk bermula tanpa perlu menanggung perbelanjaan tambahan. 

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...