Friday, May 13, 2022

PENDIGITALAN MEMACUKAN PERTUMBUHAN SERVICENOW DI SINGAPURA, MALAYSIA

Penyedia ekosistem yang semakin berkembang membantu syarikat menggunakan platform itu untuk transformasi digital dan meningkatkan daya saing, menurut laporan ISG Provider Lens™

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Banyak perusahaan di Singapura dan Malaysia sedang melabur secara agresif di dalam penyelesaian ServiceNow untuk mengemudikan perubahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan arah aliran ke arah transformasi digital, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.

Laporan ISG Provider Lens™ ServiceNow Ecosystem Partners 2022 bagi Singapura dan Malaysia mendapati pertumbuhan bagi ServiceNow pada 2021 adalah lebih pantas di Asia berbanding di tempat lain di dunia. Di Singapura dan Malaysia, ekosistem perkhidmatan itu yang mengelilingi ServiceNow telah berkembang dengan ketara, dengan penyedia banyak melabur di dalam tenaga manusia dan proses untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Pandemik itu telah menyebabkan banyak syarikat di Singapura dan Malaysia menggunakan platform digital seperti ServiceNow untuk prestasi perniagaan yang lebih baik,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia. “Pihak lain yang menunggu terlalu lama, atau tidak berupaya untuk berubah, mungkin ketinggalan.”

Terutamanya di Singapura, perusahaan terlibat dengan rakan kongsi ekosistem ServiceNow untuk menyokong transformasi digital, menurut laporan itu. Bagi mencapai hasil perniagaan yang nyata dan boleh diulang, mereka memerlukan pasukan pakar ServiceNow yang konsisten dan kaedah pelaksanaan yang terbukti dan fleksibel.

Penggunaan ServiceNow di Singapura dan Malaysia mencerminkan ekonomi tempatan, kata ISG. Pengeluar tempatan dan multinasional mengetuai kelompok itu, bersama-sama dengan perkhidmatan perbankan, kewangan dan syarikat-syarikat telekomunikasi. Syarikat runcit dan sektor awam telah ketinggalan, lazimnya oleh kerana mereka terlalu bergelut dengan transformasi digital. Kebanyakan perusahaan menggunakan pengurusan perkhidmatan ServiceNow IT (ITSM) dan pengoptimuman aliran kerja, tetapi penyelesaian proses keselamatan dan perniagaan juga semakin mendapat perhatian.

ServiceNow, penyedia ekosistem dan perusahaan kesemuanya menghadapi kekurangan profesional mahir di rantau itu dan di seluruh dunia. Penggunaan dan pertumbuhan yang berterusan memerlukan satu tumpuan yang kukuh terhadap penyelesaian yang boleh diautomasikan dengan mudah dan konsisten, kata ISG. Pembekal perkhidmatan yang berpengalaman di dalam membangunkan pemecut penyepaduan dan alat automasi proses robotik (RPA) dilengkapi dengan baik untuk memenuhi keperluan ini. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...