SINGAPURA, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EasyTransfer, sebuah platform perkhidmatan pembayaran pendidikan rentas sempadan yang terkemuka, bakal bekerjasama dengan Cashfree Payments, satu daripada syarikat penyelesaian pembayaran dan perbankan terkemuka di India, untuk menawarkan sebuah platform yang lebih pantas, lebih mudah dan lebih murah bagi pelajar India untuk membuat pembayaran antarabangsa kepada institusi pendidikan luar negara.
Platform pembayaran EasyTransfer itu bagi pelajar India akan dilancarkan pada awal Jun dan akan disesuaikan sepenuhnya untuk pelajar India.
EasyTransfer telah pun mencapai kejayaan di China – platform itu dipercayai oleh lebih daripada 280,000 orang pelajar yang berpangkalan di China dan mempunyai satu volum urus niaga tahunan yang bakal mencecah AS$3.5 bilion pada tahun 2022. Pembayar menerima bimbingan 1-atas-1 dalam bahasa ibunda mereka daripada profesional pembayaran EasyTransfer yang berpangkalan di zon waktu tempatan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, India telah menyaksikan satu peningkatan yang ketara di kalangan pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara. United Kingdom, sebagai contoh, telah menyaksikan satu peningkatan 190% pelajar antarabangsa tahun pertama dari India di antara tahun 2018 dan 2020, menurut Agensi Statistik Pendidikan Tinggi (HESA).
EasyTransfer menawarkan profesional pembayaran yang bertutur dalam bahasa yang paling biasa digunakan di India dan mahir dalam persekitaran pembayaran yang sangat dikawal selia di India.

No comments:
Post a Comment