Friday, November 15, 2019

Jenama Malaysia menonjol pada Anugerah Penjenamaan Dunia London

KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Jenama Malaysia adalah antara pemenang acara berprestij Anugerah Penjenamaan Dunia 2019 di Istana Kensington, London baru-baru ini.
Pemenang dari Malaysia yang kesemuanya merangkul Anugerah Peringkat Kebangsaan terdiri daripada Al-Ikhsan Sports (Peruncit Sukan); Getha (Perabot - Katil & Tilam); LORD’s Tailor (Jenama Fesyen - Jahitan), MML (Kediaman & Kebun – Jubin) dan MR D.I.Y. (Peruncit – Penambahbaikan Kediaman).
Turut menerima anugerah pada edisi ke-10 pengiktirafan jenama global itu ialah Munchy’s (Biskut); Spritzer (Minuman – Air); dan, Tenaga Nasional (Tenaga – elektrik).
Beijing Tong Ren Tang, CHAI LI WON, CoCo, Heinz, IKEA, LEGO®, Netflix, Neutrogena®, Spotify dan Yakult diraikan sebagai pemenang Anugerah Peringkat Global.
Anugerah Penjenamaan Dunia menyaksikan 318 jenama dari 41 negara diiktiraf sebagai ‘Brand of the Year’, yang dicalonkan oleh lebih 230,000 pengguna di seluruh dunia.
“Untuk menang pada acara ini, sesuatu jenama telah membuktikan yang mereka telah membangunkan jenama itu ke satu tahap yang menempatkan mereka dalam kalangan jenama terbaik di dunia,” kata Pengarah Urusan Forum Penjenamaan Dunia, Julian Andersen.
Pemenang diadili secara unik berdasarkan tiga kriteria iaitu penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan undian awam secara dalam talian.
Tujuh puluh peratus daripada proses pemarkahan adalah daripada undian para pengguna. Hanya ada satu pemenang dalam setiap kategori bagi setiap negara.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...