Friday, November 1, 2019

PENTADBIRAN KAWASAN BAHARU JIANGDONG HAIKOU MELAKUKAN PENGAMBILAN SECARA TERBUKA KE ATAS BAKAT DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA


Kod QR bagi "Siaran Jiangdong Haikou"


AsiaNet 81389

HAIKOU, China, 1 Nov., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 30 Oktober, Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong Haikou yang terletak di zon perdagangan bebas terbesar di wilayah Hainan, telah mengeluarkan satu pengumuman pengambilan ke seluruh dunia, secara terbuka mengambil 35 orang bakat bagi pelbagai jawatan, tanpa pembatasan kewarganegaraan dan identiti.

Perancangan dan pembinaan bagi Kawasan Baharu Jiangdong merupakan satu langkah utama bagi Zon Perdagangan Bebas Perintis (Hainan) China untuk membina daerah itu menjadi sebuah kawasan berinovatif bagi zon perintis untuk memperluaskan pembaharuan yang menyeluruh, kawasan pameran bagi zon perintis untuk budaya pemuliharaan negara, kawasan pengalaman bagi pusat pelancongan dan penggunaan antarabangsa serta kawasan demonstrasi bagi jaminan perkhidmatan strategik utama negara.

Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong Haikou menerapkan mod perkhidmatan tadbir urus bagi “badan berkanun + operasi pasaran” dan mengambil alih pembangunan dan pembinaan, operasi dan pengurusan, tarikan pelaburan dan inovasi institusi bagi Kawasan Baharu Jiangdong. Digabungkan ke Pentadbiran Zon Ekonomi Lapangan Terbang Haikou, ia melaksanakan operasi bersepadu.

Selaras dengan penempatan kerja bagi jawatankuasa parti perbandaran Haikou dan kerajaan perbandaran, Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong Haikou memutuskan untuk mempunyai pengambilan terbuka bagi jawatan yang berbeza di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong Haikou menerapkan satu sistem pekerjaan yang berorientasikan perusahaan dan pasaran dan memasuki ke dalam kontrak tenaga kerja mengikut undang-undang.

Ganjaran itu merujuk kepada ganjaran tiga kali atau lebih berbanding bagi kakitangan awam Haikou. Lima insurans sosial dan satu dana perumahan (insurans pembiayaan, insurans perubatan, insurans pengangguran, insurans bersalin, insurans kecederaan semasa kerja dan dana perumahan) akan dibayar sepenuhnya mengikut dasar-dasar yang berkaitan. Mereka yang memenuhi syarat-syarat itu boleh memohon bagi subsidi perumahan atau subsidi bagi pembelian rumah, pembelian kereta dan yuran pendaftaran pendidikan untuk kanak-kanak yang berada dalam tanggungan.

Pengambilan ini melaksanakan pendaftaran dalam talian. Pemohon perlu mengemukakan bahan-bahan pendaftaran melalui e-mel sebelum jam 17:00 (waktu China) dari 30 Oktober, 2019 hingga 13 November, 2019. Tiada pendaftaran lewat akan diterima. Maklumat terperinci seperti kekosongan kerja dan syarat pendaftaran boleh dilihat dengan mengklik pada pautan di bahagian bawah halaman itu.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan berita mengenai pengambilan, sila layari:  https://mp.weixin.qq.com/s/vkXqXA42Qar431NoqSyAqg atau ikuti Akaun Rasmi WeChat kami “Siaran Jiangdong Haikou”.

Sumber: Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong Haikou
 

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=349538

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...