KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Nippon Express Co Ltd telah melancarkan ‘NEX-SPEED Mach! Jakarta’, perkhidmatan pengangkutan udara berkelajuan tinggi dari Jepun ke Jakarta, Indonesia.
Perkhidmatan penghantaran kargo itu ditempah di Lapangan Terbang Haneda pada 7 malam untuk dihantar ke pinggir bandar Jakarta pada keesokan hari, menggunakan penerbangan tengah malam, menurut satu kenyataan.
Nippon Express merupakan syarikat penghantaran tunggal yang mempunyai pangkalan operasi di dalam Lapangan Terbang Haneda yang mengendalikan kargo domestik dan antarabangsa, membolehkan kargo antarabangsa diagihkan melalui penerbangan domestik dan memuatkannya terus ke dalam penerbangan antarabangsa.
Setibanya di Jakarta, PT. Nippon Express Indonesia akan menjalankan urusan pelepasan kastam import dan penghantaran domestik. Operasi berlepas dan ketibaan dalaman syarikat itu telah mengurangkan masa menunggu dari dua hingga ke tiga hari, jika dibandingkan dengan perkhidmatan sebelum ini.
Nippon Express membangunkan perkhidmatan baharu ini untuk memenuhi keperluan pengangkutan kecemasan bagi alat ganti, prototaip, peralatan kilang dan barangan lain dari Jepun.
Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.nipponexpress.com.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment