MONT-SAINT-GUIBERT, Belgium & TOKYO, 1 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Promethera Biosciences SA (Kumpulan), sebuah inovator global di dalam ubat-ubatan berasaskan sel dan penyakit hati, telah mengumumkan penubuhan sebuah pejabat cawangan baharu di Tokyo, Promethera Biosciences Japan Branch Ltd pada Mei, 2018. Pertamanya, mewujudkan sebuah pejabat cawangan di Jepun menandakan titik permulaan bagi membina satu kehadiran yang mantap bagi Promethera di Jepun, yang pada mulanya memberi tumpuan kepada meningkatkan Pembangunan Perniagaan, aktiviti Perhubungan Pelabur dan pengembangan saluran perniagaan dan produk mereka di Jepun. Kehadiran ini akan juga menangani pasaran Asia sebagai langkah kedua.
Ketika kami membangunkan aktiviti perniagaan sedemikian, kami juga mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk memperkukuhkan lagi kehadiran kami di Jepun. Pilihan ini termasuk penyenaraian masa hadapan di Pasaran Bursa Saham Tokyo (sama ada menggunakan Resit Depositori Jepun (skim JDR*) atau tidak, atau satu lagi bursa saham Asia, dan/ atau bekerjasama dengan farmaseutikal.
*untuk maklumat lanjut mengenai skim JDR, sila layari https://www.jpx.co.jp/english/equities/listing-on-tse/new/basic/05.html
Maklumat mengenai Promethera Biosciences:
Promethera Biosciences adalah sebuah inovator global di dalam terapeutik hati di mana misi mereka adalah untuk membawa rawatan yang menyelamatkan nyawa untuk mengurangkan keperluan bagi pemindahan hati. Program klinikal utama kami, yang diperolehi daripada platform teknologi sel kami yang dipatenkan, HepaStem, telah direka untuk memperoleh manfaat daripada sifat-sifat imun-modulasi dan anti-fibrotiknya. Sebagai tambahan kepada saluran kami yang berasaskan sel, kami membangunkan teknologi antibodi seperti antibodi antiTNF-R1 Astrosimab, untuk melengkap dan mempelbagaikan pilihan terapeutik kami. Kami adalah sebuah pasukan pakar antarabangsa yang beroperasi di kemudahan di Mont-Saint-Guibert (Belgium), Durham (NC, Amerika Syarikat), Tokyo (Jepun) dan Basel (Switzerland).
Promethera®, HepaStem®, H2stem®, adalah kesemuanya tanda perniagaan berdaftar bagi kumpulan PROMETHERA.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191031005412/en/
Hubungi
Promethera Biosciences Japan Branch
Mutsuki Takano, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan / Masumi Akahori, Pengurus Kanan Perhubungan Pelabur
info.japan@promethera.com
Tel: +81 (0)3-5843-6077
Laman web: www.promethera.com
Sumber : Promethera Biosciences SA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment