KUALA LUMPUR, 4 Nov -- AM Best telah mengekalkan Penarafan Kekuatan Kewangan A (cemerlang) dan Penarafan Kredit Terbitan Jangka Panjang ‘a’ terhadap Lonpac Insurance Bhd (Lonpac) Malaysia.
Prospek stabil penarafan kredit itu mencerminkan kekuatan lembaran imbangan Lonpac, yang dikategorikan oleh AM Best sebagai sangat kukuh, serta prestasi operasi yang teguh, profil perniagaan neutral dan pengurusan risiko perusahaan yang sesuai.
Agensi penarafan kredit global itu dalam satu kenyataan berkata, walaupun nisbah pembayaran dividen yang tinggi dalam tempoh lima tahun lepas, Lonpac telah menunjukkan pertumbuhan modal yang kukuh daripada keuntungan terkumpul.
Ia mempunyai strategi pelaburan yang biasanya konservatif dengan tumpuan ke atas tunai dan sekuriti faedah tetap yang berkualiti tinggi, walaupun terdapat tumpuan dalam aset yang dilaburkan ke institusi kewangan Malaysia.
AM Best berpendapat prestasi operasi Lonpac menjadi kukuh kerana syarikat itu melaporkan pulangan purata lima tahun ke atas nisbah ekuiti sebanyak 34.2 peratus dan nisbah gabungan sebanyak 65.9 peratus (2014-2018)
Syarikat itu terus meningkatkan keupayaan pemilihan harga dan risiko, serta memperkukuhkan pengedaran dan reka bentuk produknya; semuanya bertujuan mengekalkan penaja jamin dan metrik prestasi operasi.
Sebagai sebuah syarikat insurans bukan hayat bersaiz sederhana di Malaysia, Lonpac terus mendapat manfaat daripada hubungan jangka panjang dengan Public Bank Bhd, yang menyediakan syarikat itu dengan akses utama untuk perniagaan hartanah yang menguntungkan melalui saluran perbankan.
Walaupun pertumbuhan premium yang perlahan bagi pasaran insurans bukan hayat di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu terus meningkatkan saham pasarannya sambil mengekalkan keuntungan yang baik.
No comments:
Post a Comment