Tuesday, November 19, 2019

PENYEDIA MERCARI APLIKASI PASARAN C2C MEMULAKAN JUALAN MERENTAS SEMPADAN KE LEBIH 100 NEGARA

TOKYO, 19 Nov, 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Pembeli Luar Negara Kini Boleh Melakukan Pembelian Item Menggunakan Perkhidmatan Proksi -

Pada 15 November, 2019 Mercari, Inc. mula menawarkan jualan merentas sempadan* melalui aplikasi pasaran pelanggan kepada pelanggan (C2C) Mercari dengan kerjasama bersama Buyee, satu perkhidmatan proksi untuk e-dagang merentas sempadan yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak syarikat BEENOS Inc.

*sesetengah kategori item tidak ada dalam senarai

Gambar:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105775/201911073215/_prw_PI1lg_xavEk7L3.png

Mercari, Inc. membangunkan dan mengendalikan Mercari, satu aplikasi pasaran, dengan misi untuk mencipta nilai dalam pasaran global untuk sesiapa sahaja membeli dan menjual.  Aplikasi ini membolehkan individu membeli dan menjual barangan mereka dengan mudah dan selamat. Mercari merupakan pasaran pelanggan kepada pelanggan (C2C) Jepun terbesar yang mempunyai lebih kurang 14 juta pengguna bulanan, nilai barang niaga kasar (GMV) kira-kira 530.7 bilion JPY*, dan lebih 1.1 bilion item yang tersenarai setakat ini.

*Daripada penyata kewangan tahun penuh untuk FY2019 sehingga Jun

Mercari menarik minat ramai daripada luar negara, yang menyaksikan peningkatan bilangan kunjungan ke versi web Mercari sebanyak enam kali ganda dari luar negara Jepun sejak 2017, menunjukkan potensi permintaan pembelian yang kuat daripada pengguna luar negara.  Berdasarkan kepada misinya untuk mencipta nilai dalam pasaran global yang mana sesiapa sahaja boleh membeli dan menjual, dan skala pasaran potensi dalam pasaran e-dagang merentas sempadan, Mercari mengambil keputusan untuk mula menawarkan jualan merentas sempadan melalui perkhidmatan proksi Buyee.

Buyee merupakan satu perkhidmatan proksi yang mempunyai lebih daripada sejuta pengguna berdaftar di lebih 100 negara dan rantau di seluruh dunia.  Melalui kerjasama dengan Buyee ini, pengguna luar negara boleh melayari dan mencari barangan yang tersenarai dalam Mercari dalam Bahasa Jepun, Inggeris dan Cina (tradisional dan versi mudah) dan melakukan pembelian menggunakan kaedah pembayaran luar negara yang popular seperti PayPal, Alipay dan UnionPay. Melalui penawaran jualan merentas sempadan ini, pengguna dari luar negara juga boleh membeli barangan di Mercari, bukan hanya untuk pengguna di Jepun sahaja, dan Mercari menjangkakan penawaran ini akan mempertingkatkan peluang dalam jualan. Barang-barang boleh dibeli di Buyee selepas satu tempoh ia disenaraikan di Mercari.

-Bagaimana ia berfungsi
1. Apabila pengguna luar negara membuat tempahan melalui Buyee ( https://buyee.jp/mercari/ ), satu akaun rasmi Buyee membeli item tersebut di Mercari bagi pihak pengguna.
2. Penjual item tersebut di Mercari menghantar item kepada gudang Buyee di Jepun.
3. Apabila item tersebut sampai, kakitangan Buyee memeriksa item tersebut dan memberikan rating kepada penjual, dan penjual menerima bayaran.
4. Buyee menghantar item tersebut kepada pembeli luar negara itu dan menguruskan hal-hal berkaitan selepas itu.

Gambar:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105775/201911073215/_prw_PI2lg_pT33Vyk3.png


-Bukti Konsep untuk Jualan Merentas Sempadan
Bermula bulan Ogos 2019, Mercari menjalankan kajian bukti konsep ke atas jualan merentas sempadan untuk barangan yang telah beberapa lama tersenarai di Mercari.  Melalui kajian ini, Mercari telah mengenalpasti kategori item yang popular dalam kalangan pengguna luar negara.

Gambar:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105775/201911073215/_prw_PI3lg_4761IX8h.png


Kategori paling popular dalam kalangan pengguna luar negara adalah barang niaga yang menampilkan watak-watak popular.  Kebanyakan pengguna ini berminat terhadap benda yang hanya boleh dibeli di Jepun, seperti barang niaga animasi dan permainan.

Mercari akan terus mencari jalan untuk menyediakan satu pasaran yang selamat dan terjamin secara global dan memenuhi misinya bagi mencipta nilai dalam pasaran global yang mana sesiapa sahaja boleh membeli dan menjual.

- Tentang Mercari
Nama syarikat: Mercari, Inc.
Ibu pejabat: Roppongi Hills Mori Tower, 6-10-1 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-6118
Perniagaan: Perancangan, pembangunan dan pengendalian aplikasi pasaran Mercari
Wakil: Shintaro Yamada

- Tentang BEENOS
Nama syarikat: BEENOS Inc.
Ibu pejabat: 7F Gotenyama Trust Tower, 4-7-35 Kita-Shinagawa, Shinagawa-ku, Tokyo 140-0001
Perniagaan: E-dagang domestik dan antarabangsa
Wakil: Shota Naoi
*Buyee dikendalikan oleh anak syarikat penuh tenso, inc.

*Untuk maklumat mengenai penggunaan logo dan ikon Mercari, sila klik laman sesawang berikut.

https://www.mercari.com/jp/logo-guidelines/


Sumber: Mercari, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12816

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...