IC eFius “siri TCKE8xx” yang pertama oleh Toshiba (Foto: Business Wire)
TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “siri TCKE8xx,” IC eFius mereka yang pertama, satu barisan terdiri daripada enam produk yang menyokong pelbagai fungsi yang diperlukan untuk perlindungan litar dalam talian bekalan kuasa. Pengiriman bagi dua produk dalam barisan itu bermula hari ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191119005455/en/
Ciri-ciri yang paling luar biasa bagi IC eFius itu adalah bahawa mereka boleh digunakan berulang kali. Fius fizikal yang konvensional—fius tiub kaca dan fius cip—melindungi litar talian elektrik dengan secara fizikal menutupnya ketika mereka berada dalam keadaan lebihan arus, dan adalah diperlukan untuk digantikan apabila ia rosak. Produk IC eFius menggunakan litar mereka sendiri untuk mematikan talian kuasa apabila terdapat sesuatu keabnormalan berlaku, dan boleh diset semula dan digunakan semula.
Satu lagi kelebihan adalah bahawa IC eFius menghilangkan reka bentuk litar yang kompleks dan beberapa komponen, sekali gus merealisasikan reka bentuk litar yang lebih mudah dengan komponen yang lebih sedikit dan sebuah ruang yang lebih kecil daripada sebuah fungsi perlindungan yang dijamin dengan bahagian diskret.
Siri TCKE8xx yang baharu itu merealisasikan perlindungan litar yang sangat kuat dengan menaikkan ketepatan pengesanan lebihan arus pada satu tahap di luar fius fizikal. Oleh kerana IC eFius juga mempunyai pengapit arus dan pengapit voltan untuk melindungi terhadap lebihan arus dan lebihan voltan, mereka boleh melindungi litar dan mengekalkan bekalan kuasa dengan mengapit voltan dan arus pada nilai tertentu, walaupun apabila lebihan arus berlebihan atau lebihan voltan digunakan. Fungsi perlindungan lebihan suhu dan litar pintas melindungi litar dengan serta-merta mematikannya sekiranya berlaku kejadian panas melampau, atau litar pintas yang tidak dijangka.
Gabungan bagi ciri-ciri ini membolehkan produk-produk itu untuk membantu melindungi peralatan elektronik seperti server dan komputer riba, yang diperlukan untuk mengendalikan voltan dan arus yang dapat bertahan yang semakin tinggi pada tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh kerana Toshiba berhasrat untuk memperolehi pensijilan IEC 62368-1, standard keselamatan antarabangsa untuk keselamatan peringkat tinggi, mereka akan juga memudahkan ujian pensijilan yang perlu dijalani oleh peranti pelanggan.
Barisan produk itu menawarkan dua jenis produk: satu jenis cuba semula automatik yang membolehkan eFius untuk secara automatik memulihkan litar itu sendiri, dan sejenis selak yang dipulihkan oleh satu isyarat luaran. Pelanggan boleh memilih produk IC eFius yang sesuai untuk keperluan mereka dan saiz bagi peralatan mereka.
Penggunaan
- Perlindungan litar bagi talian bekalan kuasa
(Server, SSD, komputer riba, konsul permainan dan peralatan realiti terimbuh dan realiti maya, dll.)
Ciri-ciri
Ciri-ciri
- Ketepatan had lebihan arus: ±11% @Ta=-40 hingga +85℃, ILIM=4.38A
- Perlindungan litar pintas berkelajuan tinggi: tFastOffDly=150ns (jenis) @Ta=-40 hingga +85℃
- Arus output tinggi: IOUT=0 hingga 5.0A
- Pakej nipis dan padat: 3.00 × 3.00mm (jenis), t=0.75mm (maksimum)
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan IC eFius Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/power-supply/efuse-ics.html
Untuk menyemak reka bentuk rujukan bagi IC eFius, sila layari:
Litar aplikasi bagi IC eFius Siri TCKE805
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/design-support/referencedesign/efuse-ic_PowerManagement_RD164.html
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
TCKE805NA
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TCKE805NA.html
TCKE805NL
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TCKE805NL.html
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191119005455/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
No comments:
Post a Comment