Tuesday, December 10, 2019

OKEX AKAN LANCAR DAGANGAN OPSYEN


Table

(Grafik: Business Wire)


Bursa kripto yang pertama untuk menawarkan C2C, spot, niaga hadapan, pertukaran kekal, dan dagangan opsyen di bawah bumbung yang sama


VALLETTA, Malta, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OKEx, bursa aset digital spot dan niaga hadapan yang terbesar di dunia mengikut volum dagangan, hari ini mengumumkan pelancaran dagangan opsyen. Dibangunkan dari bawah ke atas, Opsyen OKEx merupakan satu peningkatan yang lengkap kepada platform kerangka dagangan, yang disokong oleh sebuah infrastruktur yang lebih pantas, lebih stabil dan mantap. Dagangan opsyen akan tersedia pada OKEx bermula dari 27 Disember, 2019, dan simulasi akan bermula pada 12 Disember, 2019.

Dengan penambahan ini, OKEx adalah merupakan bursa kripto yang pertama untuk menawarkan C2C, spot, niaga hadapan, pertukaran kekal, dan dagangan opsyen di bawah bumbung yang sama. Pengguna boleh memilih daripada pelbagai jenis produk untuk menyesuaikan strategi dagangan dan lindung nilai mereka.

Dagangan opsyen adalah satu jenis dagangan derivatif yang memberikan pembeli dengan keupayaan untuk membeli atau menjual aset pendasar setelah membayar satu premium. Opsyen OKEx akan menawarkan kedua-dua opsyen membeli dan menulis, yang meningkatkan fleksibiliti dagangan dan ketelusan pasaran dengan harga dagangan yang mencerminkan dengan rapat trend pasaran. Versi OKEx adalah satu peningkatan besar ke atas platform lain yang hanya menyokong pilihan membeli.

Opsyen OKEx juga termasuk satu sistem anti-manipulasi yang ketat. Direka untuk mengelakkan manipulasi harga tutup, OKEx menghasilkan data spot yang seimbang  daripada pelbagai platform untuk mendapatkan satu harga penyelesaian yang saksama. Harga tanda pilihan ditentukan oleh OKEx dalam tepat masa dengan menggunakan model penetapan harga Black-scholes. Oleh kerana satu urus niaga atau sebut harga tunggal tidak dapat menjejaskan pasaran opsyen - yang hanya memberi respons kepada kemeruapan opsyen anggaran.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran itu, memandangkan peningkatan permintaan bagi produk derivatif kripto yang merentasi semua segmen pelanggan kami, terutama pelanggan institusi yang menunjukkan permintaan yang paling pesat berkembang dalam dagangan derivatif. Kami berhasrat untuk menyediakan rangkaian peranti dagangan dan pengurusan risiko yang paling luas kepada semua pelanggan kami dari institusi sehingga kepada peserta pasaran runcit,” kata Jay Hao, Ketua Pegawai Eksekutif bagi OKEx. “Opsyen adalah satu instrumen yang unik yang membolehkan pedagang untuk mengurus, menilai dan melindung kemeruapan bagi aset kripto dengan satu gabungan kontrak pilihan. Ia juga memberikan pedagang dengan keupayaan untuk memanfaatkan lebih daripada sekadar arah pasaran. Apabila pasaran kripto berkembang, kami berhasrat untuk membina satu suite produk derivatif yang lengkap, dengan menyampaikan penyelesaian untuk mengoptimumkan strategi dagangan pengguna. Opsyen OKEx adalah satu langkah utama ke arah matlamat ini.”

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005034/en/%C2%A0OKEx-Launch-Options-Trading

Hubungi

Media
Vivien Choi, media@okex.com

Sumber : OKEx

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...