Thursday, December 19, 2019

TOGA LIMITED (OTCQX:TOGL) DI SINGAPORE FINTECH FESTIVAL 2019

SINGAPURA, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- November merupakan bulan yang mengujakan untuk Toga Limited kerana syarikat menyertai perjumpaan terbesar syarikat FinTech di dunia — Singapore FinTech Festival (SFF). Singapore FinTech Festival (SFF) dan Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) menamatkan acara gabungan selama seminggu pada 15 November 2019, yang telah menarik lebih daripada 60,000 peserta dari 140 negara. Acara ini juga mencatatkan rekod dengan 569 pengucap, hampir 1,000 pempamer dan 41 puvilion antarabangsa.

Penyertaan acara ini merupakan cara yang hebat untuk menunjukkan perkembangan terkini daripada Toga Limited.

Aplikasi Yippi Toga (tersedia dalam Google Play dan Apple store) kini telah mencapai 400,000 pengguna aktif di rantau Asia Tenggara sahaja.

Yippi ialah aplikasi pemesejan sosial super yang percuma dengan teknologi TRT proprietari. Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang berkembang paling pantas di Asia Tenggara. Yippi ialah aplikasi amat unik yang memperkasakan penggunanya dengan berbilang kefungsian dalam satu aplikasi lengkap tunggal yang merangkumi: Dompet, Media sosial, Permainan, Pelekat, Ekosistem, Bahasa, Kecerdasan Buatan, Sembang Rahsia, Kamera Menarik, Papan putih, Sembang Percuma dengan panggilan Suara & Video, Bilik Mesyuarat, Mesej Suara Pemajuan, Baca & Hapus dan Orang berdekatan.

Selain ciri tersebut, teknologi proprietari TRT Yippi dilihat sebagai pengubah permainan dalam industri ini. Dengan pengenalan semasa bagi teknologi digital yang menyediakan kesihatan, muat turun dan pengguna aktif Yippi dijangka meningkat pada kadar yang lebih pantas. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...