Monday, December 9, 2019

Okuma capai jualan kumulatif 50,000 unit mesin Konsep Mesra-Termo

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Okuma Corporation baru-baru ini mengumumkan jualan kumulatif bagi mesin dilengkapi dengan Konsep Mesra-Termo (TFC) telah mencapai 50,000 unit.

Okuma membangunkan TFC berdasarkan idea unik ‘menerima perubahan suhu’ dan melancarkan pusat pemesinan menegak MB-46V, direka dengan aplikasi TFC pada 2001.

Pengilang alat mesin komprehensif itu dalam satu kenyataan berkata MB-46V dinilai tinggi bagi ketepatan yang sangat stabil sejurus selepas pengeluarannya, dan Siri MB-V dengan TFC juga dibangunkan untuk MB-56V dan MB-66V.

Sejak itu, kuantiti model yang direka untuk TFC meningkat termasuk pusat pemesinan mendatar, pelarik, mesin pelbagai tugas dan pusat pemesinan dua ruang besar.

TFC menyumbang kepada peningkatan produktiviti dengan pengurangan operasi pemanasan mesin dan tugas pampasan dimensi dengan menstabilkan ketepatan pemesinan.

Pakej TFC juga termasuk teknologi penjimatan tenaga suit ECO yang membenarkan operasi peralatan penyejukan hanya apabila perlu, sekali gus mengurangkan penggunaan kuasa.

Okuma akan berusaha untuk menyediakan aplikasi alat mesin yang lebih efektif melalui penyelidikan dan pembangunan dan akan terus mencapai ‘mesin yang lebih mudah digunakan oleh manusia’.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...