Friday, December 6, 2019

Nippon Express (India) terima pensijilan GDP di gudang Hyderabad

KUALA LUMPUR, 6 Dis -- Nippon Express (India) Private Ltd (NE India), anak syarikat Nippon Express Co Ltd mendapat pensijilan Amalan Pengedaran Barangan (GDP) di gudangnya di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Hyderabad.
Menurut satu kenyataan, GDP merupakan piawaian untuk memastikan pengedaran produk farmaseutikal yang betul.
Cawangan Hyderabad NE India baru-baru ini memasang kemudahan dengan pendingin hawa yang baharu, menyediakan kawalan suhu dalam tiga julat - penyimpanan sejuk, suhu malar dan suhu bilik.
Menggabungkan penyimpanan gudang menggunakan kemudahan ini dengan produk pengangkutan kawalan suhu antarabangsa akan membolehkan cawangan itu memenuhi keperluan logistik pelanggan dalam industri farmaseutikal.
Hyderabad, ibu kota negeri Telangana di tenggara India, telah mendapat perhatian di samping Bengaluru sebagai antara bandar raya paling pesat berkembang di dunia.
Selain menjadi pusat kepada syarikat-syarikat teknologi maklumat utama dunia, Hyderabad telah berkembang dengan pesat sebagai pangkalan utama bagi industri farmaseutikal, menunjukkan jumlah yang tinggi syarikat farmaseutikal dan makmal nasional.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025

“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...