Wednesday, September 25, 2019

LEMBAGA PENGARAH WEWORK MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN

NEW YORK, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lembaga Pengarah WeWork hari ini mengumumkan perubahan kepimpinan berikut: Pengasas bersama Adam Neumann telah memutuskan untuk berundur daripada peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dan akan terus memikul tanggungjawab sebagai pengerusi lembaga bukan eksekutif. Artie Minson, bekas presiden bersama dan ketua pegawai kewangan WeWork, dan Sebastian Gunningham, bekas naib pengerusi, telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama bagi syarikat itu. Perubahan ini berkuatkuasa serta merta.

Adam Neumann berkata: “Sebagai pengasas bersama WeWork, saya amat berbangga dengan pasukan ini dan syarikat yang luar biasa ini yang telah kita bina sepanjang satu dekad yang lalu. Platform global kami kini merangkumi 111 bandar raya di 29 buah negara, yang memberi perkhidmatan kepada lebih 527,000 ahli setiap hari. Sementara perniagaan kami kekal kukuh, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, penelitian rapi yang ditujukan kepada saya telah menjadi satu gangguan yang signifikan, dan saya telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua eksekutif demi kepentingan syarikat itu.  Terima kasih kepada rakan sekerja saya, ahli-ahli kami, rakan tuan tanah kami, dan pelabur-pelabur kami kerana terus mempercayai perniagaan yang hebat ini.”

Artie Minson dan Sebastian Gunningham berkata: “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Adam di atas visi beliau dan keghairahan beliau dalam membina WeWork sepanjang 9 tahun yang lalu. Model keahlian kami yang berinovatif, reka bentuk yang indah dan penawaran komuniti yang berdaya cipta telah mengubah cara individu dan perusahaan di seluruh dunia berfikir tentang ruang kerja mereka. Ia adalah satu penghormatan yang luar biasa untuk memimpin WeWork semasa detik penting ini di dalam sejarah syarikat itu. Perniagaan teras kami adalah kukuh dan kami akan mengambil tindakan yang jelas untuk mengimbangi pertumbuhan tinggi, keuntungan dan pengalaman ahli WeWork yang unik dan pada masa yang sama menilai masa yang optimum bagi sebuah IPO. Kami komited kepada kejayaan ahli, rakan kongsi, pekerja dan pemegang saham kami dalam perjalanan baharu ini.”

Ahli Lembaga Pengarah Bruce Dunlevie, seorang rakan kongsi di Benchmark dan pelabur awal di WeWork, berkata: “Adam telah menyelia penciptaan sebuah platform global yang menyokong ahli-ahlinya setiap hari, dan telah berkembang kepada lebih daripada $4 bilion dalam pendapatan run-rate iaitu konsep yang merujuk kepada penentuluaran keputusan kewangan dalam tempoh masa hadapan, dalam tempoh kurang dari 10 tahun. Beliau dan pasukan WeWork telah mentakrifkan semula cara-cara di mana orang dan syarikat mendekati kerja, dan membawa inovasi kepada industri hartanah. Saya amat teruja dengan masa depan WeWork dan amat ghairah kerana mempunyai Artie dan Sebastian memikul tanggungjawab dari Adam untuk memimpin fasa pertumbuhan seterusnya.”

Ahli Lembaga Pengarah Lew Frankfort berkata: “Adam adalah seorang usahawan yang sangat jarang ditemui yang mempunyai visi dan dorongan untuk mengkonsepsikan satu peluang perniagaan yang sangat besar dan kemudian menyerangnya tanpa henti. Beliau telah mencipta satu daripada perniagaan yang paling pesat berkembang dalam sejarah, dan rakan-rakan pengarah saya dan saya berterima kasih kepada beliau di atas kepimpinan beliau. Lembaga pengarah kami teruja untuk mengalu-alukan Artie dan Sebastian sebagai pemimpin bagi WeWork dalam fasa seterusnya, dan amat gembira dengan trajektori pertumbuhan pesat syarikat itu dan kedudukan sebagai peneraju industri di pasaran.”

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190924005965/en/

Hubungi

Jimmy Asci, Gwen Rocco
press@wework.com

Sumber : WeWork

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...