Wednesday, September 25, 2019

MARY KAY MEMAPARKAN KEJAYAAN PENEMUAN ANTIGRAVITI PADA MESYUARAT PERSATUAN EROPAH BAGI PENYELIDIKAN DERMATOLOGI KE-49

DALLAS, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah pemimpin di dalam inovasi penjagaan kulit, meneruskan komitmen mereka selama beberapa dekad kepada sains kulit dengan berkongsi penyelidikan terbaharu mereka yang mensasarkan penyebab dan mekanisme yang tersembunyi bagi kulit yang kurang pejal pada Mesyuarat Tahunan ke-49 bagi Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Dermatologi (ESDR) yang diadakan pada 18 hingga 21 September di Bordeaux, Perancis.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190917006232/en/


Dengan menyatukan pakar-pakar terbaik bagi dermatologi Eropah di bawah tema induk “Menghubungkan Sains Kulit dan Kesihatan,” mesyuarat ESDR ke-49 itu memberikan satu peluang yang unik kepada Mary Kay untuk berkongsi kemajuan teknologi dan penemuan terkini mereka berhubung kesihatan kulit.

Kemunculan kulit yang kurang pejal dan kendur semakin tersebar luas di dalam dekad keempat atau kelima kehidupan tanpa mengira gaya hidup atau pendedahan kepada alam sekitar. Kesan graviti yang berterusan dari semasa ke semasa menyumbang kepada kemunculan garis senyum dan kulit kendur yang menonjol di sepanjang kontur rahang dan leher.

“Memandangkan kekenduran kulit merupakan satu kebimbangan kepada pengguna, kami telah mengembangkan satu produk rawatan yang khusus yang disasarkan untuk menegangkan kulit yang kendur,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Saintis-saintis kami menguji beratus-ratus bahan pada sel kulit manusia untuk mengenal pasti kombinasi yang paling berkesan dalam ramuan yang membantu menggalakkan asid hialuronik semula jadi dan kolagen, dua faktor yang berkurangan dalam kulit yang kurang pejal. Satu sel peptida dan meristem yang unik dari kilang Centella asiatica menonjol dari segi keberkesanannya. Itulah sebabnya kami memilih mereka untuk digunakan di dalam sebuah serum kosmetik. Keberkesanan serum itu telah disahkan di makmal kami dan oleh wanita sendiri pada kulit mereka dalam ujian klinikal.* Ini adalah sains di sebalik Serum TimeWise Repair® Volu-Firm® Lifting kami,” kata Dr. Gildea.

Diketuai oleh Dr. Gildea, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Mary Kay terdiri daripada saintis-saintis terkenal yang memiliki ijazah kedoktoran dan ijazah lanjutan yang lain merentasi pelbagai bidang: biologi kulit, biologi sel, kimia, biokimia dan banyak lagi. Pasukan saintis ini komited untuk menemui trend dan teknologi yang membolehkan syarikat itu menghasilkan produk yang sangat menarik yang memberikan faedah kepada pengguna.

Setiap tahun, Mary Kay menjalankan beratus-ratus ribu ujian saintifik mengenai produk dan bahan untuk memastikan standard yang paling tinggi bagi keselamatan, kualiti dan prestasi.  Mary Kay memiliki lebih daripada 1,500 paten bagi produk, teknologi, dan reka bentuk pembungkusan di dalam portfolio global mereka. Tahun lepas, syarikat itu telah membuka sebuah kemudahan pembuatan dan R&D yang canggih yang bernilai lebih $100 juta di Lewisville, Texas.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengikuti mimpi mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

*Dalam satu kajian klinikal, 45 orang wanita menggunakan serum kosmetik ke muka dua kali sehari selama 12 minggu. Kepejalan dan penegangan kulit menunjukkan peningkatan yang ketara secara statistik selepas penggunaan produk selama 4, 8 dan 12 minggu relatif kepada garis asas. Sekurang-kurangnya 98% subjek menunjukkan peningkatan dalam pelbagai parameter untuk menegang di sepanjang kontur wajah mereka (pipi/kontur rahang).

 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190917006232/en/


Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...