SHANGHAI & SAN FRANCISCO, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hansoh Pharmaceutical Group Company Limited (“Hansoh Pharma”), sebuah syarikat biofarmaseutikal terkemuka di China, dan Atomwise, Inc. (“Atomwise”), pemimpin di dalam kecerdasan buatan (AI) untuk penemuan ubat-ubatan, telah mengumumkan satu kerjasama untuk mereka bentuk dan menemui calon-calon ubat yang berpotensi untuk sehingga 11 sasaran protein yang tidak didedahkan dalam pelbagai bidang terapeutik.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190911005825/en/
Pasukan-pasukan saintifik dari Atomwise dan Hansoh Pharma akan bekerjasama rapat pada program tersebut. Kombinasi kepakaran dan teknologi pelengkap itu mempunyai potensi untuk secara dramatik meningkatkan kejayaan dan memampatkan garis masa bagi penemuan ubat dan pembangunan klinikal.
“Atomwise adalah rakan yang tepat bagi Hansoh Pharma untuk berinovasi dengan menggunakan teknologi AI dan menghasilkan pelbagai saluran bagi molekul kecil untuk onkologi dan bidang terapeutik yang lain,” kata Aifeng Lyu, Ph.D., Presiden bagi Jiangsu Hansoh Pharmaceutical Group Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik Hansoh Pharma. “Kami sangat kagum dengan platform, kebolehan, dan pasukan AI Atomwise, dan dengan menjalin kerjasama itu kami percaya terdapat peluang-peluang yang luar biasa untuk membangunkan terapi yang pertama dalam kelasnya dan yang terbaik dalam kelasnya.”
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Hansoh Pharma, biofarmaseutikal terkemuka di China,” kata Dr. Abraham Heifets, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Atomwise. “Hansoh Pharma berkongsi komitmen kami yang mantap terhadap inovasi dan misi untuk impak global terhadap kesihatan pesakit,” kata beliau.
Platform AI Atomwise yang bertaraf dunia untuk reka bentuk ubat yang berasaskan struktur akan mengena tepat penemuan, pemilihan yang tepat untuk mendahului, dan mendahului usaha pengoptimuman. Hansoh Pharma akan menyumbang keupayaan mereka di dalam pengujian biologi dan kimia perubatan, serta memimpin aktiviti pembangunan praklinikal dan klinikal seterusnya.
Di bawah syarat-syarat kerjasama itu, Atomwise akan menerima yuran akses teknologi yang tidak didedahkan, yuran latihan opsyen, royalti, dan pendapatan yang berasaskan kepada sublesen atau penjualan aset yang diwujudkan di bawah kerjasama itu. Berdasarkan kepada sejarah purata pendapatan untuk ubat molekul kecil, jumlah nilai potensi bagi urus janji itu bagi Atomwise dengan kejayaan dalam semua projek boleh melebihi potensi blokbuster. Hansoh Pharma akan menerima hak untuk pembangunan dan pengkomersialan di dalam semua bidang dan geografi.
Maklumat mengenai Hansoh Pharma
Hansoh Pharma (3692: HK) adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal terkemuka di China yang komited untuk menemui dan membangunkan ubat-ubatan yang boleh merubah kehidupan untuk membantu pesakit mengatasi penyakit dan gangguan yang serius, bersama-sama dengan kira-kira 8,900 orang pekerja. Ditubuhkan pada tahun 1995, Hansoh telah mengintegrasikan sepenuhnya keupayaan penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan komersil, menyokong satu kedudukan kepimpinan dalam sistem saraf pusat (CNS), onkologi, anti-jangkitan dan diabetes, antara lain. Dengan kira-kira 1,400 profesional merentasi R&D, Hansoh menduduki ranking 2 teratas di dalam inovasi di kalangan semua syarikat bioteknologi dan farmaseutikal di China berasaskan kepada entiti molekul baharu INDS yang dikemukakan untuk pembangunan klinikal sejak tahun 2011. Pendapatan Hansoh Pharma pada tahun 2018 adalah kira-kira AS$1.1 bilion, yang mewakili pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 25%. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hspharm.com.
Maklumat mengenai Atomwise
Atomwise, Inc. mencipta teknologi AI pembelajaran mendalam yang pertama untuk penemuan ubat molekul kecil yang berasaskan struktur. Dicipta pada tahun 2012, Atomwise pada hari ini melaksanakan beratus-ratus projek setiap tahun dengan perkongsian dengan beberapa syarikat farmaseutikal dan agrokimia terbesar di dunia, serta lebih daripada satu ratus universiti dan hospital di 19 buah negara. Atomwise telah mengumpulkan lebih daripada $50 juta daripada firma-firma modal teroka yang terkemuka untuk menyokong pembangunan dan penggunaan teknologi AI mereka.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190911005825/en/
Hubungi
Hansoh Pharma
Nama: Paul Lu
E-mel: communications@hspharm.com
Atomwise
Nama: Sara Dunn
E-mel: SDunn@jpa.com
Sumber : Atomwise
No comments:
Post a Comment