KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Sakuraenergy Co Ltd membangunkan sebuah sistem penjanaan serba baharu untuk tenaga boleh diperbaharui, PARASOLA, untuk memberi penjimatan, mewujudkan dan menyimpan tenaga secara serentak dan berkesan.
Dalam kenyataan, Sakuraenergy berkata PARASOLA dapat membekalkan jumlah elektrik yang hampir sama seperti sistem solar konvensional, stabil dan tidak terjejas oleh cuaca.
Selain itu, PARASOLA menggunakan lokasi baharu untuk penjanaan tenaga berikutan ia hanya memerlukan ruang berukuran satu meter persegi untuk menghasilkan tenaga elektrik di rumah.
‘PARASOLA Residence’ direka untuk kegunaan kediaman, menyediakan maksimum 24kW sehari, cukup untuk menampung tenaga elektrik yang diperlukan oleh purata isi rumah di Jepun dan kebanyakan kawasan di luar negara.
Sakuraenergy kini mempromosikan pembangunan produk selanjutnya dan pada masa sama membincangkan peluang pembangunan dan perikatan perniagaan di dalam negeri dan di luar negeri dengan merancang untuk memasarkan produk di peringkat global pada akhir 2020.
Maklumat lanjut di http://www.sakuraenergy.jp manakala video promosi YouTube boleh didapati di https://youtu.be/RPbKZo_qSYY
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bitget Melancarkan Program Pegawai Produk Komuniti Dengan Ganjaran Sehingga 3,000 USDT
VICTORIA, Seychelles, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, telah melancarkan Program Pe...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
NetBox Copilot mempercepatkan operasi dan automasi, disamping menyediakan keupayaan layan diri kepada pasukan bukan IT NEW YORK, 12 Feb (B...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
No comments:
Post a Comment