Tuesday, September 3, 2019

SYARIKAT-SYARIKAT JEPUN TIDAK HARUS TERLEPAS PELUANG DARIPADA POPULASI ASEAN YANG MENINGKAT TUA DENGAN CEPAT


Table 

Simposium Ulang Tahun ke-52 ASEAN (Foto: Business Wire)


TOKYO, 3 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ASEAN sedang menghadapi populasi yang sedang meningkat tua dengan cepat. Dianggarkan bahawa kesemua negara ASEAN akan menjadi masyarakat yang meningkat tua (lebih daripada 7% penduduk berusia 65 tahun atau lebih) dalam tempoh 20 tahun. Singapura dan Thailand sudah mencapai masyarakat menua dan negara lain termasuk Viet Nam dan Brunei Darussalam sedang mengikuti trend ini. Pada tahun 2030, lebih daripada 70 juta orang di ASEAN dijangka berusia lebih dari 65 tahun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190902005300/en/ 

Walaupun penuaan penduduk menimbulkan banyak isu sosial kritikal di ASEAN seperti memastikan integrasi sosial dan keselamatan ekonomi bagi warga tua serta mempunyai sistem keselamatan sosial yang bertenaga, ia juga membawa peluang perniagaan dengan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan baharu bagi menyokong populasi tua yang  aktif di rantau itu. Inisiatif serantau termasuk Inisiatif Kesihatan Jepun-ASEAN yang menyokong pembangunan sumber manusia ke arah menggalakkan gaya hidup yang sihat, mencegah penyakit dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di ASEAN, dan Inisiatif Liputan Kesihatan Universal Jepun-ASEAN (UHC) dengan tumpuan terhadap penuaan penduduk, yang antara yang lain menyokong penyelidikan bersama Jepun-ASEAN, dan menerokai forum kerjasama atau mekanisme masa hadapan ke arah UHC yang mapan dan menangani penduduk tua yang sihat dan aktif.

Berdasarkan latar belakang ini, Pusat ASEAN-Jepun (AJC) bersama-sama dengan Jawatankuasa ASEAN di Tokyo (ACT), yang terdiri daripada Duta-duta ASEAN ke Jepun, dan Sekretariat ASEAN telah menganjurkan Simposium Ulang Tahun ke-52 ASEAN di Tokyo pada 26 Ogos 2019, yang membawa 180 ahli perniagaan Jepun dan penggubal dasar serta Duta-duta ASEAN ke Jepun bersama-sama membincangkan cabaran dan peluang baharu muncul di kalangan penduduk yang semakin menua di ASEAN. Simposium itu juga dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Encik Chen Dehai, Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-China dan Tuan Yang Terutama Encik Lee Hyuk, Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-Korea.

Simposium itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Encik Arifin Tasrif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Jepun dan Pengerusi bagi ACT. Dr Aladdin D. Rillo, Timbalan Setiausaha Agung bagi ASEAN untuk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), menyampaikan ucapan dasar yang memberi tumpuan kepada kemajuan Komuniti Ekonomi ASEAN serta cabaran baharu muncul kepada integrasi pasaran seperti peningkatan ketegangan perdagangan dan revolusi teknologi.

Di dalam perbincangan panel, Dr. Keiichiro Oizumi, profesor di Asia University, dan Encik Eitaro Kojima, Pengarah bagi Bahagian Asia dan Oceania, Jabatan Penyelidikan Luar Negara bagi Organisasi Perdagangan Luar Jepun (JETRO) telah membincangkan penuaan penduduk pada masa ini di ASEAN dan peluang-peluang perniagaan konkrit bagi syarikat-syarikat Jepun untuk melabur dalam perkhidmatan yang berkaitan seperti penjagaan warga tua dan perkhidmatan kesihatan. Dr Rillo juga menyedari betapa pentingnya merangka satu pendekatan yang komprehensif untuk menangani populasi penuaan di rantau itu melalui dasar dan langkah-langkah yang berkesan yang menyokong penuaan aktif dan pemerkasaan  ekonomi warga tua, serta tindakan yang diselaraskan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti sektor swasta.

Encik Masataka Fujita, Setiausaha Agung bagi AJC, menyatakan bahawa “Integrasi bagi orang tua ke dalam masyarakat dan ekonomi adalah kunci kepada pembangunan mapan. Kita tidak boleh mengelakkan penuaan penduduk tetapi kita boleh mengelakkan kesan buruk terhadap penuaan penduduk. AJC akan terus bekerjasama dengan Negara-negara Anggota ASEAN dan sekretariat ASEAN untuk menangani isu-isu baharu muncul di ASEAN, termasuk dengan mengadakan dialog dasar bersama pihak berkepentingan di Jepun”.

AJC adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981, dengan tujuan untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan, pelancongan serta pertukaran orang di antara Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun. AJC menganjurkan Simposium Ulang Tahun ASEAN sejak tahun 2017 untuk memperingati penubuhan ASEAN, membawa bersama pihak berkepentingan ASEAN dan sektor awam dan swasta Jepun untuk membincangkan isu-isu semasa di ASEAN.

Laman Web Rasmi bagi Pusat ASEAN-Jepun: https://www.asean.or.jp/en/ 

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190902005300/en/

Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun 
Junko Nukiyama 
TEL +81-3-5402-8118 
FAKS +81-3-5402-8003 
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp 
1F, Bangunan Shin Onarimon, 6-17-19 Shimbashi, 
Minato-ku, Tokyo 105-0004 Jepun

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...